Jumaat, 14 Disember 2012

Makanan Ayam Bebas Enzim BABI
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tindakan Khas Mengenai Isu Enzim Babi Dalam Makanan Ayam semalam mengesahkan makanan ayam di negara ini halal selepas analisis DNA terhadap sampel itu tidak menemui sebarang enzim babi dalam bahan yang digunakan untuk menghasilkannya.
Jawatankuasa dipengerusikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) itu berpuas hati dengan ujian yang dilakukan Institut Penyelidikan Produk Halal Universiti Putra Malaysia, Makmal Kesihatan Veterinar JPH, Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia serta Jabatan Kimia dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Kementerian Kesihatan.
Ketua Pengarah JPH, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berharap hasil kajian itu akan melegakan semua pihak kerana penyebaran e-mel berkaitan penggunaan enzim babi dalam makanan ayam baru-baru ini, menimbulkan situasi kurang menyenangkan di kalangan masyarakat terutama umat Islam.
Katanya, pengesahan itu dibuat selepas perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menganggotai jawatankuasa khas berkenaan dan pelbagai faktor terutama aspek keagamaan diambil kira.
“Analisis DNA boleh membezakan ciri antara spesis dan ia mengesahkan tidak wujud enzim babi dalam bahan untuk menghasilkan produk itu. Hasil kajian ini memadai untuk menghapuskan perasaan was-was di kalangan rakyat.
“Yang pasti, usaha dibuat untuk mendapatkan keterangan pihak yang mengeluarkan kenyataan itu bagi mengenal pasti motifnya kerana sebarang isu berkaitan makanan adalah sensitif, malah boleh memberi kesan kepada masyarakat,” katanya kepada Berita Harian.
Sumber: Berita harian ,Isnin 24/12/07

Sabtu, 8 Disember 2012

Imam Hasan Al-Bashri menegaskan: “Sesungguhnya orang yang telah melakukan dosa, akan terhalang dari qiamullail.” Ada seseorang yang bertanya: “Aku tidak dapat bangun untuk qiamullail, maka beritahukanlah kepadaku apa yang harus kulakukan?” Beliau menjawab : “Jangan engkau bermaksiat (berbuat dosa) kepada-Nya di waktu siang, niscaya Dia akan membangunkanmu di waktu malam.”

ROKOK..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismilllahirahmanirahim.

InsyaAllah saudara-saudara dan keluarga kita yang masih merokok, harap tahu HUKUM merokok...
disisi Islam adalah HARAM kerana padanya terdapat kemudaratan pada kesihatan untuk diri serta orang lain dan pembaziran pada perbelanjaan.

InsyaAllah - usahalah berhenti walaupun terpaksa - kerana ianya hanya untuk kebaikan dunia dan lebih-lebih lagi akhirat.

HARAM - iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika dilakukan akan berdosa.

Mari kita bertaubat dan usaha untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah.
Jangan pernah tinggalkan solat, kerana ada jutaan
manusia di dalam kubur yang ingin kembali dihidupkan
hanya untuk bersujud kepada Allah...

Selasa, 4 Disember 2012

PASARAN AYAM KAMPUNG

Peminat kepada daging ayam kampung setiap saat semakin bertambah, rasa dagingnya yang sedap, manis, pejal dan juga enak dimakan walaupun sekadar digoreng adalah punca daging ayam kampung semakin diminati. Permintaan kepada daging ayam kampung ini amat tinggi tetapi kekurangan dari segi pengeluaran ternakan sering menjadikan harga ayam kampung ini tidak pernah jatuh dari harganya minimanya.
Penternakan secara intensif dan konvensional masih amat kurang. Kebanyakannya penternak hanya menternak secara tradisional di kampung dan juga di halaman rumah sahaja. Ini meningkatkan lagi pembekalan secara rutin amat kurang setiap kali wujud permintaan. Permintaan daging ayam kampung lazimnya adalah daripada restoran, kedai makan, pasaraya kecil mahupun besar, pasar borong dan juga semasa majlis dan keramaian.
Melalui pemerhatian secara tidak formal, purata sesebuah rumah memerlukan kira-kira 2-4 ekor ayam sehari samada ayam kampung mahu pun ayam daging. Sebagai contoh jumlah penduduk di Kuala Lumpur yang semakin meningkat menyebabkan bilangan daging ayam mentah juga turut meningkat. Penduduk di Kuala Lumpur sahaja memerlukan berjuta ekor ayam sehari, jika berdasarkan bilangan penduduk, maka jumlahnya masih tidak cukup.
Perusahaan Ayam kampung sememangnya membawa keuntungan, ini dapat dilihat apabila harga jualan ayam kampung tidak lagi berasaskan harga melalui berat (kg) tetapi harga ditetapkan melalui seekor ayam (ekor), dan harga ayam kampung jantan murah sedikit jika dibanding harga ayam kampung betina.

renungan bersama...

"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.

AYAM ARAB

SY ADA SIKIT STOK AYAM ARAB NIE...SAPE2 BERMINAT,LEH LA CONTACT SY..

Isnin, 3 Disember 2012

Tentang Ayam Arab

sy ada stok ayam arab..sape nak boleh hubungi sy..

Ayam Arab ini merupakan keturunan dari Ayam Brakel Kriel-Silver dari Belgia. Disebut Ayam Arab karena dua hal: pejantannya memiliki daya seksual yang tinggi dan keberadaannya di Indonesia melalui telurnya yang dibawa oleh orang yang menunaikan ibadah haji dari Mekah. Kebanyakan masyarakat memanfaatkan Ayam Arab karena produksi telurnya tinggi, mencapai 190 - 250 butir per tahun dengan berat telur 42,3 gram. Kuning telur lebih besar volumenya, mencapai 53,2% dari total berat telur. Jadi ayam arab ini fungsinya hanya sebagai ayam petelur saja. Warna kerabang/bulu sangat bervariasi yakni putih, kekuningan dan coklat. Warna kulit yang kehitaman dengan daging yang lebih tipis dibanding ayam kampung menjadikannya jarang dimanfaatkan sebagai ayam pedaging. Ayam Arab mudah dikenali dari bulunya. Pada sepanjang leher berwarna putih mengkilap, bulu punggung putih berbintik hitam, bulu sayap hitam bergaris putih dan bulu ekor dominan hitam bercampur putih. Sedang jenggernya berbentuk kecil berwarna merah muda dan mata hitam dengan dilingkari warna kuning. Ciri lain Ayam Arab adalah pejantannya pada umur 1 minggu sudah tumbuh jengger, dan betina induk tidak memiliki sifat mengeram. Dari penampilan tubuhnya, tinggi Ayam Arab dewasa mencapai 35 cm dengan bobot 1,5 - 2 kg. Kepalanya mempunyai jengger berbentuk tunggal dan bergerigi. Ayam ini berbulu tebal. Bulu di sekitar leher berwarna kuning dan putih kehitaman. Warna bulu badannya putih bertotol-totol hitam. Kokok suara jantan nyaring. Ayam Arab betina dewasa tingginya mencapai 25 cm dengan bobot 1,0 - 1,5 kg. Kepalanya berjengger tipis, bergerigi. Badannya berbulu tebal. Selama usia produktif antara 0,8 - 1,5 tahun, betina arab terus-menerus bertelur, sehingga hampir setiap hari menghasilkan telur. Secara genetis Ayam Arab tergolong galur ayam buras yang unggul, karena memiliki kemampuan produksi telur yang tinggi. Kebanyakan masyarakat memanfaatkan Ayam Arab untuk menghasilkan telur bukan daging karena Ayam Arab memiliki warna kulit yang kehitaman dan daging tipis dibanding ayam buras biasa sehingga dagingnya kurang disukai masyarakat. Keunggulan Ayam Arab antara lain: * Harga DOC tinggi dibandingkan ayam kampung biasa * Berat telur 30-35 gram. * Warna kerabang telur putih * Harga induk tinggi * Ayam Arab termasuk tipe ayam kecil sehingga konsumsi pakan relatif lebih sedikit sehingga lebih efisien * Libido seksualitas jantan lebih tinggi, mudah dikawinkan dengan ayam lain, dalam 15 menit bisa tiga kali kawin * Bisa dijadikan untuk perbaikan genetik ayam buras Sifat mengeram hampir tidak ada, sehingga waktu bertelur panjang. Kelemahan Ayam Arab antara lain: * Wama kulit dan daging hitam sehingga harga jual afkirnya bisa menimbulkan masalah * Sifat mengeram hampir tidak ada, sehingga apabila dikembangkan di masyarakat harus ditetaskan di mesin tetas atau menggunakan ayam lain * Harus dipelihara secara intensif untuk mendapatkan produksi tinggi sesuai dengan kemampuan genetisnya – Bobot badan afkir rendah mencapai 1,1 - 1,2 kg Sumber : http://www.infoternak.com/ayam-arab

Sabtu, 1 Disember 2012

Tanda-tanda ayam berpenyakit

  • Ayam yang tidak mahu makan atau berkeliaran mencari makanan sendiri.
  • Lembik, lemah dan tidak aktif.
  • Pucat serta keluar hingus atau lendir dari hidung
  • Najisnya cair atau berdarah
  • Gangguan saraf pada ototnya seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

Penetasan telur dan pembiakkan

Telur ayam kampung ini diperolehi dari ayam kampung yang menetas di dalam reban ayam atau di merata tempat yang dikira selamat dari sebarang gangguan haiwan lain. Musuh utama ketika ayam kampung ini bertelur ialah biawak, ular, dan sebagainya yang cuba memakan telur-telur ayam kampung ini. Telur ini memakan masa sehingga 21 hari untuk menetas.
Musuh utama bagi anak-anak ayam kampung yang baru menetas ini ialah pada waktu siang ianya sering diganggu oleh burung helang, kucing dan burung berilau, manakala sebelah malamnya ia sering diganggu oleh musang dan burung hantu. Kejayaan ternakan ayam kampung ini bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik.
Ayam kampung ini melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi iaitu 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina dan kebiasaan ibu ayam kampung ini boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

Ciri-ciri ayam kampung

Ayam kampung dipelihara di kawasan perkampungan luar bandar dan ada sesetengah penternak menyediakan reban untuk ayam kampung ini tidur pada waktu malamnya. Jika penternak yang tidak menyediakan reban ayam, ayam-ayam kampung ini akan tidur di atas pokok yang renek bagi mengelak dari diserang oleh musang pada waktu malam.
Ayam kampung ini mestilah mempunyai peluang untuk bergerak aktif tanpa perlu dikurung pada waktu siang hari dan pandai mencari makanan tambahan seperti serangga kecil, ulat, belalang dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba. Kebiasaanya penternak ayam kampung ini akan memberi makanan berupa sisa makanan, lebihan nasi, dedak, jagung, ubi dan sebagainya pada waktu sebelah pagi sebelum ayam-ayam ini berkeliaran mencari makanannya sendiri.
Ayam-ayam kampung ini begitu aktif bergerak dan pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi. Ciri-ciri daging yang enak dan berprotein tinggi tanpa kolesterol ini menyebabkan harga ayam kampung di pasaran adalah tinggi berbanding dengan harga ayam daging komersil. Daging ayam kampung ini juga agak liat, pejal dan manis berbanding dengan ayam daging komersil yang dijual di pasaran.
Selaian itu baka ayam kampung ini mempunyai bulu tipis, lebih berat, kaki besar dan panjang, kulit berwarna kuning atau kemerahan-merahan. Ayam kampung KH-B1 diternak secara separa bebas dengan makanan komersil dan makanan berasaskan padi sebagai makanan utama. Ekstrak bawang putih, halia dan gula merah sebagai antibiotik juga rumput napier sebagai penyedap rasa dagingnya. Semburan BIO-TEC dilakukan secara berkala untuk menghapuskan bau yang tidak menyenangkan dan menghapuskan lalat juga sebagai minuman kesihatan kepada ayam. Berat ayam KH-B1 untuk dipasarkan ialah: Betina 1.7kg - 1.9kg, Jantan 2kg - 2.5kg.
PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China

Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
SISTEM PERUMAHAN

Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi.
Reban seluas 4 kaki x 5 kaki adalah memadai.
Di antara bahan-bahan yang sering digunakan ialah kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat. Ayam kampong juga hanya menggunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:

Makanan komersil/dagangan
· Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
· Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
· Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

Makanan Campuran atau Sisa Makanan· Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
· Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
· Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)· Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
· Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
· Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
· Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
· Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
· Boleh dilepaskan pada siang hari
· Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
· Sediakan sarang bertelur
· Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Kaedah yang terbaik ialah melibatkan perkahwinan secara tabie/asli1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina.
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelurTempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguanKebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:· Warisan
· Pemakanan
· Pengurusan
· Persekitaran
· Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
· Reban sentiasa bersih
· Anak ayam bebas dari penyakit
· Jauh dari ternakan dan haiwan lain
· Pelawat perlu dikawal
· Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
· Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
· Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.

Program Pencegahan penyakit
· Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
· Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
· Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
· Kurang nafsu makan
· Monyok dan tidak aktif
· Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
· Muka bengkak
· Berak cair atau berdarah
· Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

· Sampar ayam (ND)
· Penyakit Gumboro (IBD)
· Puru
· Salmonellosis
· Pasteurellosis
· Lain-lain
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

· Sampar ayam (ND)
· Penyakit Gumboro (IBD)
· Puru
· Salmonellosis
· Pasteurellosis
· Lain-lain

anak ayam banyak mati dan cedera...

Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.

antara penyakit..

Taun Ayam

Pernahkah Ayam-ayam di Belakang rumah menghadapi penyakit sebegini?- Penyakit ini pertama kali direkodkan dalam abad ke-18. Walau bagaimanapun ia tidak sehingga tahun 1880-an bahawa Louis Pasteur pertama kali diasingkan dan berkembang dalam budaya tulen.Berasal penyakit ayam di Eropah, ia mula-mula direkodkan di Amerika Utara pada tahun 1943-44. Sejak itu wabak telah direkodkan hampir setahun dalam burung liar. Hari ini, penyakit ini adalah yang paling lazim di unggas air liar Amerika Utara. Wabak berlaku dalam cuaca sejuk dan basah (di akhir musim panas, jatuh, dan musim sejuk). Wabak sering dikesan kembali kepada kehadiran pembiakan tikus di rumah. Ini dianggap menyebarkan penyakit dari bangkai burung mati (mungkin dari backyards jiran), tidak wajar dilupuskan. Apabila penyakit ini diperkenalkan kepada kawanan, ia akan kekal sehingga pemusnahan. Pembawa kronik sentiasa boleh membawa kepada muncul semula penyakit pada burung terdedah. Dalam burung liar, penyakit ini yang paling sering dikaitkan dengan tanah lembap. Ditentukan bahawa tanah lembap bertindak sebagai takungan jangka pendek, mencatatkan sejumlah besar bakteria dalam tanah dan air melalui tempoh wabak itu. Wetlands, bagaimanapun, tidak panjang takungan panjang. Penyakit ini membentangkan dalam dua bentuk yang sangat berbeza: akut dan kronik. Burung dengan kronik burung taun, lebih biasa dalam ayam domestik, mempamerkan sakit berpanjangan dengan jangkitan yang lebih setempat. Jangkitan kronik telah ditunjukkan dalam Angsa Salji, dan individu-individu yang dipercayai menjadi lama takungan berhijrah panjang bagi penyakit. Apabila bakteria mendapat diperkenalkan kepada penduduk burung terdedah, wabak taun akut burung berikut.
Burung yang dijangkiti akan mati 6-12 jam selepas dijangkiti bakteria, dan burung sakit sangat sedikit telah diterangkan. Oleh kerana persatuan dan kesatuan padat, unggas air adalah yang paling biasa terjejas oleh P. multocida, namun memakan bangkai dan burung air yang lain sering terjejas dalam wabak pelbagai spesies yang besar. Dalam kes akut, cirit-birit hijau boleh menjadi gejala awal. Gejala yang paling biasa, dalam kes-kes kronik, adalah bengkak daripada Wattles. Ia adalah lebih kerap dalam baka tempatan tahan. Bukannya jangkitan umum, jangkitan setempat lebih ciri. Ini sering berlaku dalam saluran pernafasan termasuk sinus dan pneumatoics tulang, sendi keadaan berhutang, Bursa sternal, pad kaki, rongga peritoneal dan oviducts.
Dalam kes akut, luka yang paling tipikal adalah petechiae diperhatikan dalam tisu lemak epicardial. Necrotic tumpuan pada hati biasanya ditemui dan hyperemia umumnya adalah perkara biasa. Disebabkan kelajuan jangkitan dan kematian, burung dalam keadaan badan yang baik dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit yang berpanjangan. Pada tahun 2011 wabak taun burung membunuh beribu-ribu itik Eider di kawasan Artik Kanada. Saintis sedang mengkaji wabak dan potensi untuk merebak ke Greenland. Rawatan yang paling berkesan dalam pembiakan ternakan atau meletakkan ayam adalah individu suntikan intramuskular tetracyclines jangka bertindak, dengan antibiotik yang sama dalam air minuman, serentak. Tanda-tanda kematian dan klinikal akan berhenti dalam masa satu minggu. Tetapi bakteria mungkin kekal hadir dalam kawanan.

Ayam organik

Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red Junglefowl). Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di sangkar yang sempit. Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus. Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan sumber protein. Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk dijadikan makanan ayam.

tip berguna...

Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:
  • Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa
  • Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.
  • Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.
  • Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.
  • Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.
  • Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.
  • Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.
  • Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal
About these ads

bile da menetas.....

Pengurusan. Anak ayam - Hari 1, 2 & 3

Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.

b. Anak ayam - Hari 4-90

Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-

i. Sumber panas selama 24 jamLampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.

ii. LantaiAlaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.

iii. Cawan makanan dan airAnda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).

Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.

iv. Kebersihan keseluruhanSecara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.

v. Bentuk binaan kotak kayuBiasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.

Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.

Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2" diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.

Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.

Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan.

Berjemur dan bermain pasir

Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.

Maklumat lain yang berguna

Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.

Sumber habaTukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.

Ahad, 25 November 2012

al anwar...

Ingatlah insan akan tibanya,
setiap jiwa terima pembalasan,
nikmat syurga ancaman neraka,
pastikah kita terus terlena,

setiap jiwa pasti merasa,
kematian di mana sahaja,
insaflah ummah,wahai saudara,
keindahan dunia nikmat sementara,

Allahu Allah...
pimpinlah kami merindui akhirat disana,
sesungguhnya,kami tak berdaya melawan arus deras dunia

usah terburu mengejar dunia,jangan lupa siapa sebenarnya,
diri kita sebagai hamba,setiap amalan jangan dipersia,
ayuh muslimin juga muslimat,Islam dijulang pelusuk dunia,
usah digeruni musuh disana,syahid adalah ganjaran istimewa.............

lumrah...

 Bagaikan anak desa,turun ke kota mencari kehidupan,
bila bertemu dunia mewah,terlupa pesanan orang tuanya,
hinggalah tika ia lemas,di dalam noda dan dosa,
diburu oleh,kesusahan menimpa,
barulah ia teringat pada desa dan orang tuanya,
begitulah terjadi kini,manusia lupa asal usulnya,
lupa Tuhan yang menjadikan,ia ke alam dunia,
bergelumanglah ia dalam kesibukan dunia,
mengejar bahagia,bagai mengejar bayang bayang,
hidup terasa bagai bermain fatamorgana,
ada yang sudah kembali,tanpa membawa apa apa.......

Rabu, 21 November 2012

merepek...

Assalamualaikum....alhamdulillah malam ni in sya Allah akan menetas lagi telur2 kat dalam inkubator mini aku...lebih kurang 10 biji dah mula meretak...jumlah semua yang sama tarikh menetas lebih kurang 40 biji....rasanya belum nak jual lagi anak ayam yg ni pasal ingat nak bikin stok ayam dara la..nak buat induk..skrg ni ayam belum rancak nak bertelur,jadi jumlah telur yang dikumpul utk di eram agak kurang..ade la dalam 5 biji sehari...dulu mula2 berjinak dgn ayam kampung ni,mmg leceh sikit pasal minat tu blum ade...tapi lama kelamaan timbul minat..setelah mencari info2 tntg ayam kampung,rupanya ia dah jadi satu bidang yang amat mendatangkan keuntungan jika kita btl memberi fokus..so,aku mencuba bidang ini,dan harapan aku agar teman2 semua dapat memberi sokongan dan mendoakan yg terbaik buat aku dalam meneruskan minat dalam bidang yg baru aku ceburi ni...sekian..tq
www.facebook.com JDuyong Smallfarm

Selasa, 20 November 2012

Hari ini 20 november 2012 berlaku sejarah dlm hidup aku yang mungkin tidak akan aku lupakan..moga Allah permudahkan segala urusan selepas ini..amin..

antara gambar berkaitan..