Selasa, 4 Disember 2012

PASARAN AYAM KAMPUNG

Peminat kepada daging ayam kampung setiap saat semakin bertambah, rasa dagingnya yang sedap, manis, pejal dan juga enak dimakan walaupun sekadar digoreng adalah punca daging ayam kampung semakin diminati. Permintaan kepada daging ayam kampung ini amat tinggi tetapi kekurangan dari segi pengeluaran ternakan sering menjadikan harga ayam kampung ini tidak pernah jatuh dari harganya minimanya.
Penternakan secara intensif dan konvensional masih amat kurang. Kebanyakannya penternak hanya menternak secara tradisional di kampung dan juga di halaman rumah sahaja. Ini meningkatkan lagi pembekalan secara rutin amat kurang setiap kali wujud permintaan. Permintaan daging ayam kampung lazimnya adalah daripada restoran, kedai makan, pasaraya kecil mahupun besar, pasar borong dan juga semasa majlis dan keramaian.
Melalui pemerhatian secara tidak formal, purata sesebuah rumah memerlukan kira-kira 2-4 ekor ayam sehari samada ayam kampung mahu pun ayam daging. Sebagai contoh jumlah penduduk di Kuala Lumpur yang semakin meningkat menyebabkan bilangan daging ayam mentah juga turut meningkat. Penduduk di Kuala Lumpur sahaja memerlukan berjuta ekor ayam sehari, jika berdasarkan bilangan penduduk, maka jumlahnya masih tidak cukup.
Perusahaan Ayam kampung sememangnya membawa keuntungan, ini dapat dilihat apabila harga jualan ayam kampung tidak lagi berasaskan harga melalui berat (kg) tetapi harga ditetapkan melalui seekor ayam (ekor), dan harga ayam kampung jantan murah sedikit jika dibanding harga ayam kampung betina.

3 ulasan:

  1. Salam Tuan, saya ada banyak ayam kampung yang sedia untuk di market, sekiranya tuan ada cadangan atau link untuk saya memasarkan ayam kampung tersebut?

    sekian terima kasih
    wan kulai

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.duduk dimana ea??kalw duduk di kulai johor.ada jual anak ayam kampung tk.kalau ada saya mahu beli

      Padam
  2. Assalamaualaikum wrt,

    Saya ada ayam kampung kacukan sejumlah # 1,000 ekor di Kulai Johor untuk dijual. Berminta sila hubungi Basiran Supardi HP 0192883002 atau basiransupardi@gmail.com.

    BalasPadam