Bt. 3 1/2,Lrg Hang Tuah 3,Kg. Jambatan Duyong 75460 Melaka TEL:0123287653 (KHAIRUL)
Sabtu, 1 Disember 2012
anak ayam banyak mati dan cedera...
Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam
saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya
ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan
mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah
mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah
garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka
kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang
luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati.
Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk
antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang
nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan
membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada
kematian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan