Pengurusan. Anak ayam - Hari 1, 2 & 3
Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama
tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator
pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian
ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan
alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.
b. Anak ayam - Hari 4-90
Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-
i. Sumber panas selama 24 jamLampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts
hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci
dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya
secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan
mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam.
Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.
ii. LantaiAlaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat
khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan
yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari
berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya
kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak
licin.
iii. Cawan makanan dan airAnda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol
mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).
Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh
digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan
perkembangan anak ayam.
iv. Kebersihan keseluruhanSecara amnya, lebih bersih persekitaran akan
lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut
sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah
dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari
sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan
air hendaklah diganti setiap hari.
v. Bentuk binaan kotak kayuBiasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan
bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan
aksesori lain.
Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk
memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian
lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia
mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau
menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber
haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8
inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti
pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol
yang tergantung.
Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2"
diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin
memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai
tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam
kayu tersebut.
Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring
seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus
atau binatang lain di waktu malam.
Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang
udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran
matahari atau hujan.
Berjemur dan bermain pasir
Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda
boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping
pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia
juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.
Maklumat lain yang berguna
Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan
sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak
ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan
dan seterusnya.
Sumber habaTukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang
sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu
dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini
dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan
serta bulu tumbuh sepenuhnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan