Ayam (Gallus gallus, Gallus gallus domesticus) merupakan sejenis burung
peliharaan yang seringkali diternak untuk mendapatkan telurnya. Ia
dipercayai berasal daripada Ayam Hutan Merah Asia (Asian Red
Junglefowl).
Sejak dahulu lagi Ayam Kampung sinonim dengan sebutan Ayam Kampong. Ada
juga yang menggelarkan Ayam Kampung sebagai Ayam Organik atau Ayam
Kampung Organik. Secara umumnya Ayam Kampong atau Ayam Kampung
dipelihara secara lepas. Ia boleh bergerak bebas dan bukan dikurung di
sangkar yang sempit.
Ayam merupakan haiwan maserba atau juga dikenali sebagai omnivor merujuk
kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan terus hidup. Ia makan
hampir apa sahaja, dari bijian ke daunan dan dari serangga ke tikus.
Namun ayam ternakan biasanya diberi makanan khas seperti bijirin dan
sumber protein.
Sebaliknya Ayam Organik pula diberi makanan yang diproses khas daripada
herba-herba terpilih seperti halia, habatussauda, dan kunyit untuk
dijadikan makanan ayam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan