MANUAL PENGGUNAAN MINI INKUBATOR(MESIN PENETASAN)
SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN PERKARA DI BAWAH PERLU DI PASTIKAN :
1) Mesin dalam keadaan sempurna dan tidak pecah (jiga penghantaran melalui pos)
2) mentol – tidak pecah dan terbakar
3) Bekas Air – dapatkan 1 bekas untuk di isi air setengah sahaja , tidak perlu penuh
4) Thermometer – boleh guna thermometer biasa dan digital
LANGKAH MENGGUNAKAN MESIN ERAMAN
1) Isi air ke dalam bekas yg di sediakan. Jika tidak disertakan dapatkan bekas plastic yang boleh menakung air, contohnya pinggan plastic/ container plastic. Isi air separuh sahaja dan letakkan di bawah tray telur.
Setkan THERMOSTAT kepada bacaan anggaran 38celcius
.
2) Set suhu menggunakan Thermometer. Di sini perkara penting menentukan kejayaan kita menetaskan telur . salah set suhu, telur pasti tidak menetas. Cara nak set suhu saya akan ajarkan menggunakan 2 jenis Thermometer :
3.1) SET SUHU MENGGUNAKAN THERMOMETER BIASA
3.1.1) perhatikan Thermometer kayu yg berada di dalam mesin eraman tadi berada dalam keadaan baik. Pastikan tidak pecah dan dapat di lihat tanda merah yang menunjukkan perubahan suhu mesin eram dari masa ke semasa.
3.1.2) ON kan mesin eraman. Selepas 1 jam baru lah kita ambil bacaan dari Thermometer tadi. Kita akan lihat mentol akan terpadam dan terpasangs ecara automatic, itu adalah rutin normal , jangan panik.
3.1.3) Selepas 1 jam, kita baca suhu yang terdapat pada mesin eram tadi, pastikan ia tidak melebihi 40c dan tidak kurang dari 38c. sekiranya ok, maka baru la kita masukkan telur di dalam mesin eraman . selagi tidak perolehi suhu yang sesuai, kita di larang untuk masukkan telur , pasti telur yang nak di eramkan itu tidak akan menetas kerana suhu bermasalah.
3.2) SET SUHU MENGGUNAKAN THERMOMETER DIGITAL
*note : untuk ideal suhu eraman telur ayam,itik,puyuh = 38.7,38.8,38.9,39.0,39.1,39.2c (mana2 satu bacaan yg di dapati dari thermometer digital seperti di atas adalah baik) untuk angsa = 39.0c sahaja
3.2.1) keluarkan digital thermometer dari kotaknya dan pasangkan bateri. tekan "button" bewarna hitam sekali sahaja untuk ON kan digital thermometer tadi. 2) lekatkan hujung thermometer ke atas sebiji telur
3.2.3) tutup pintu mesin dan biarkan ia terpasang , kita akan dapati mentol terpsang dan terpadam secara automatik. Bacaan di baca hanya sebaik sahaja mentol terpadam selepas 30 minit mesin eram dihidupkan. Jangan ambil bacaan ketika mentol terpasang.
3.2.4) bacaan semasa lampu terpadam sahaja di ambil, jangan mengambil bacaan sewaktu lampu mula terpasang.ini kerana kita inginkan suhu kepanasan terakhir sahaja.
*note : suhu kepanasan di ambil selepas mentol terpadam , di sini baru la kita tahu suhu sebenar di dalam mesin eram tadi.
SETELAH BERJAYA SET SUHU, IKUT PROSES DI BAWAH INI
3.2.5) Bersihkan telur dari sebarnag kotoron tanpa menggunakan air. Di syorkan guna kertas pasir atau kain kering .
3.2.6) Tulis tarikh telur, gunakan pensil sahaja. Pen marker tidak digalakkan
3.2.7) letakkan semua telur di tray jaring yg di sediakan, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan.
*note: sekiranya terputus bekalan elektrik, jangan di buka pintu mesin eram kerana ia boleh menyebabkan haba keluar dari mesin eram . mesin ini boleh bertahan tanpa tenaga elektrik selama 6 jam. bungkus mesin dengan kain tebal untuk mengelakkan haba keluar juga adalah satu idea yg bagus.
langkah 3 : PROSES MENGGOLEK TELUR
1) telur akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :
- selepas subuh/sebelum matahari terbit /pagi
- selepas zohor/semasa matahari tegak / petang
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam / malam
*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.
langkah 4 : SULUH/TEROPONG TELUR
* note : bertujuan untuk mengasingkan telur yang boleh terus di eram dan juga telur yang harus di bawa keluar dari dalam mesin.
- gunakan lampu suluh untuk menyuluh telur.
- suluh telur pada hari ke-4 dan ke atas, kerana di waktu inilah telur-telur yang sihat akan dapat di lihat jalur darah beserta titik hitam.
- letakkan semula telur yang dapat di lihat jalur darahnya. telur yang tidak dapat di lihat jalur darah perlu di berikan masa sehingga hari ke-7 sahaja. selepas dari itu haruslah di keluarkan dari mesin eram .
*note : jalur darah tadi seolah2 berbentuk labah2
langkah 5 : TELUR MENETAS
- telur yang mula meretak haruslah di pusingkan ke atas supaya anak ayam tidak lemas.
- jangan cuba pecahkan telur tadi , biarkan anak ayam keluar secara sendiri. tetapi boleh di bantu jika perlu.
-keluarkan kulit telur tadi dari dalam mesin eram dan buang di dalam tong sampah .
langkah 6 : ANAK AYAM MENGERING
- biarkan anak ayam yang telah menetas tadi berada di atas tray telur sehingga bulunya kering dan tegap berdiri.
-Jangan sekali-kali meletakkan anak ayam di atas surat khabar kerana ia mempunyai permukaan yang licin. Kaki anak ayam masih lembut dan mudah terkangkang dan cacat tulangnya. Gunakan kertas yg kesat (kertas ayam) atau jarring hijau yg berlubang di jual di kedai hardware sebagai lapik lantai tempat letak anak ayam yg baru menetas.
PENJAGAAN ANAK AYAM
- anak ayam berusia 3 hari di keluarkan dari mesin eram dan di letakkan di "brooder" dan di beri minum dan makan dedak halus starter sahaja.
- pastikan terdapat pemanas untuk bekalkan haba panas kepada anak ayam tadi.
- pada hari ke-4 anak ayam di beri makan dan minum. dedak halus sahaja di guna kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan