~Bismillah~
MARTABAT NAFSU
Bila bercakap tentang nafsu,
ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu
kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan seseorang. Ada sesetengah
orang berkata “jangan mengikut nafsu, nanti menjadi lesu” hidup ini
jangan sekali-kali mengikut nafsu kerana ia adalah pekerjaan syaian.
Pendek
kata ramai diantara kita belum lagi mengetahui takrif nafsu dan juga
martabat nafsu. Adapun takrif nafsu boleh dibahagikan kepada dua (2)
iaitu :
Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang
mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh iblis laknatullah untuk
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari’at dan hakikat Allah
swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati manusia dengan Allah swt.
Nafsu
juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kalbun
manusia di dalam arah tuju ke martabat kesucian seseorang itu pada
hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai
taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk
mengenal dirinya dan mengenal ia akan Tuhannya.
Adapun nafsu itu
letaknya di cabang hai manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab)
perhubungan diantara diri rahsia manusia dengan tuan empunya diri
(Tuhannya).
Oleh itu tugas manusia yang hendak menuju kepada
makrifat hendaklah pula memecahkan ruyung-ruyung hijab ini sehingga
ianya sampai ke martabat yang paling tinggi kemuliaannya di sisi Alah
swt. dan bebaslah diri batin manusia itu untuk bertemu dengan diri
empunya Diri pada setiap saat dan ketika. Tanpa memecahkan ruyug-ruyung
nafsu tadi, manusia tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa
hidup (masih bernafas) atau mematikan dirinya sebelum mati.
Disamping
itu manusia yang hendak menuju ke jalan makrifat Tuhanya haruslah pula
berusaha supaya sampai ke martabat mematikan diri sebelum mati.
Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :
Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH
“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )
1. NAFSU AMARAH
Nafsu
Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai
yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terampau banyak.
Manusia-manusia
yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu
sifat yang dikeji oleh Allah swt. Iaitu sifat-sifat seperti dengki,
khianat, iri hati, pemarah, berang, emotional mengikut hati dan
lain-lain lagi. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak
mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa
diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh
bersultan di mata dan beraja di hati. Seperti Firman Allah :
“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusof – ayat 53)
dan FirmanNya lagi :
“Tidakkah
engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan
dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya)
lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan
tetap tertutup.”(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)
Dan
sesungguhnya orang-orang yang dikongkongi oleh nafsu Amarah biasanya tak
ahan di uji dan jika di uji dengan satu-satu entuk ujian atau satu
cabaran dan dugaan mereka terus melenting bertindak mengikut fikiran
dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.
Pada peringkat nafsu ini,
manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran
sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali
mengingati Allah SWT.
Mereka di peringkat nafsu ini akan
mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti
firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan apabila Kami
memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri,
tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”(Surah Fusilat – ayat 51)
Mereka
juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada
syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan
dan tidak pula penah terbit pada hati mereka satu perasaan salah
terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.
Sesungguhnya
nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina
daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
Mereka
mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat,
mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan
mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Akan
di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan
manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak
melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah
seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk
daripada orang-orang yang lalai”(Surah Al-A’araf – ayat 179)
Perlu
juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah
biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya
dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun rakan karibnya
sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang
paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang
kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi
keuntungan kepada diri mereka.
Mereka ini tidak ubah seperti ayam balor yang mempunyai bulu yang elok tetapi tahi melekat di badannya.
Justeru
daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut haruslah
menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat
murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti
firman Allah :-
“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan
(kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefaskan dan
ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”(Surah Asy Syam – ayat 7-10)
Oleh
yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir
menyucikan diri nya mengikut petua-petua yang diberi oleh guru mereka di
dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt.
Maka beramal
lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah
terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang
bernama nafsu Lawamah.
Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah
tanpa menyerap di dalam hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan
bermaya dan sesungguhnya zikir adalah merupakan klorox bagi menyucikan
kekotoran hati yang tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun.
Jiwa
mereka pada masa ini kosong hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah
terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah
swt. Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya
gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh
batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Amarah.
Penyakit Nafsu Amarah
ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan
bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk
mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman sebagai
kabus di waktu pagi ataupun bagai awan di langit. Sesungguhnya bagi
mereka yan dikuasai nafsu Amarah merekalah termasuk di dalam golongan
manusia yang rugi di sisi Allah SWT.
2. NAFSU LAWAMAH
Pada
peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan
semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan
kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat.
Perasaan ini timbul
pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu
kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamaan Lawamah.
Sesungguhnya
Lawamah ini bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam
sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila
kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya
mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan. Bagi
mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula
mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat
dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih
berdaki laput di dalam jiwanya.
Sebaliknya jika seseorang itu yang
telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat
larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan
akan kembali lah mereka kepada nafsu Amarahnya.
Zikir mereka pada
martabat nafsu Lawamah biasanya masih melekat di bibir tetapi
kadang-kadang mulai telah menyerap masuk ke dalam hatinya dan keadaan
tersebut tidak tetap. Maka haruslah seseorang itu meneruskan zkirnya
sebagaimana yang dipetuakan oleh gurunya dengan tabah.
Mereka pada
martabat ini masih lagi bergelumang dengan daki sifat-sifat Mazmumah
tetapi ianya mulai menurun ke satu tahap minima. Sifat-sifat seperti
gelojoh, marah, lekas melenting, hasad dengki dan lain-lain sifat
terkeji mulai mengurang hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang
terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya telah pun menurun dan
mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah
malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah
dilakukan oleh mereka dahulu.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :
“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)
Maka
dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka
tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang
dinamakan Nafsu Mulhamah.
Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu
telahpun dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR
atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu
Laduni di peringkat tajalli. Oleh yang demikian maka seseorang itu
haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petua-petua
gurunya dan jangan sekali leka, semoga peningkatan martabat nafsunya
akan tecapai.
3. NAFSU MULHAMAH.
Setelah
seseorang itu berjaya mengikuti petua-petua daripada gurunya dan
menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu
akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya
daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.
Adapun yang dimaksudkan
dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini
seseorang itu telahpun dapat menyingkir sebahagian besar daripada
sifat-sifat yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka pada masa ini telah
pun mulai berkembang sifat-sifat tenang, lapang dadanya dan mereka telah
pun dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur
dan Tajalli daripada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih
wujud lagi terkadang-kadang siat-sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah
swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya
gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu
masih lagi melanda jiwa mereka.
Zikir mereka di peringkat ini
telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah
sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat
ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah
ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan
sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telapun dapat menerima
perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak
menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut
haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk
meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.
Di
dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula
mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah
pula akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di
peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu
suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga
batin.
Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri
daripada wali-wali Allah yang Agong yang mengajar seseorang itu dengan
terang dan jelas.
4. NAFSU MUTMAINAH
Setelah
mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petua-petua
gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula
segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat
ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah
hatinya.
Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap
Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu
lah mereka yang telah berjaya mencapai ke martabat nafsu Mutmainah.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-
“Ingatlah
sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka
dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan
mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di
dunia dan akhirat.”(Surah Yunus – ayat 62 – 64)
Dan firman Allah Taala lagi :-
“Wahai
orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan
perasaan lapng dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah
dirimu di dalam syurga.”(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)
Zikir
mereka pada martabat ini telahpun melekat dihati dan terus bersama
ingatan dengan Allah Taala pada setiap masa dan ketika. Dan pada
peringkat ini mereka telahpun mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang
bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak
sebagai dynamo untuk mengalirkan current ingatan kasih mesra, cinta rasa
dengan Allah swt.
Pada peringkat martabat ini seseorang manusia
itu bolehlah disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan
oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai
menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telahpun berjaya
mendapat mata basir.
Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga,
mereka telahpun dapat menerokai dengan pendengaran dan penglihatan
mereka melalui telnga batin dan mata basir merekake alam barzah (alam
kubur). Merea telahpun boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri,
bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan
berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain
(alam ghaib).
Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super
yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut
masin, berkat da sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun
perasaan pana akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.
5. NAFSU RADIAH
Setelah
mencapai martabat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya
untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan
lagi iaitu martabat nafsu Radiah.
Zikir mereka pada martabat ini
tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata.
Mereka tidak pernah leka, lalai dari ingatannya dengan Allah swt.
Mereka
sering mengalami pana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya
dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang
bertentangan pada pandangan zahir syaria, hidupnya terus terampungan
bersama Allah swt.
Pada martabat ini jiwa mereka telahpun suci,
hatinya bersih hening dan setiap apa yang dilakukan olehnya samaada
dengan mulu, tingkah laku, semuanya mulaimendapat keredaan Allah swt.
Adapun pana’ mereka diperinkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan pana’
kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap
Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.
Mereka
diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah yang agong
untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada
pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib
yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu
tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
Disamping itu mereka
boleh membuat perhubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan
para wali-wali Alah yang agong dan mereka dapat berbincang hal-hal yang
berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan
Allah swt.
Perhubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di
dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul,
nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat
menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan
ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke
martabatnya.
6. NAFSU MARDIAH.
Bagi
mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah
iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta
yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak
gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata.
Zikir mereka diperingkat ini tetap bersemadi di dalam kalbun dan tidak
pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam
hidupnya.
Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima
tetamu-tetamu agong yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para
ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka
juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di
peringkat TAWASSUL.
Disamping itu mereka juga telahpun berpeluang
menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang lan termasuk syurga,
neraka, Arasy dan Kursi Alah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam
firmannya di dalam Al-Quran :-
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”(Surah Al-Talak – ayat 2)
Di
dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah
mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan
masing-masing.
7. NAFSU KAMALIAH.
Adapun
yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau
bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek
dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.
Pada martabat ini,
apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak
bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan
yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh
Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun
Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak
dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim
teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh
sekali diterokai oleh manusia awam.
Sesiapa saja yang tercapainya
ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima
ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui
guru yang dinamakan guru batin.
Bagi mereka yang telah mencapai
martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan
dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka
tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus
menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga,
berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap
bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payh ditelah
oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim,
orang jahil tidak jahi. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan
sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia
dan akhirat.
Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak,
tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan
ini, semoga kita bersama selmat di dunia dan akhirat.
“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan