AMBIL MANFAAT...(bukan senang nak senang)
~Bismillah~
Untuk menternak ayam kampung asli ini, kita mesti membuang pikiran kita
yang terdahulu mengenai ayam kampung ini dan menerima seadanya ayam
kampung asli itu sendiri. Perkara yang perlu kita elakkan adalah untuk
berpikir yang :
1. yg kita perlu mempercepatkan kadar pembesaran
ayam kampung diternak supaya menjadi dalam lingkungan 3 bulan sahaja.
kekuatan ayam kampung asli itu sendiri terletak di jangka hayat
penternakan itu sendiri sehingga mencapai usia matang(6 bulan)
2.
yg kita perlu menggunakan semua teknik supaya ayam kita bertelur
banyak. Kita perlu ingat yang ayam yg normal hanya bertelur 60 biji
sahaja setahun, namun kita boleh meningkatkan jumlahnya dengan
menggunakan sistem merampas dan merawat dan bukannya menggunakan
ubat2an.
3. Kita mesti meningkatkan jumlah berat ternakan kita
sehingga mencecah berat antara 2- 2.5 kg. ayam kampung asli mendapat
harga atau potensinya dengan berat diantara 1.2 -1.5 kg sahaja. Kalau
kita dah melepasi range atau lingkungan itu, kita akan emnhadapai
maslaah ketika menjualnya nanti.
4. Yg kita harus menggunakan
dedak sepenuhnya demi mengkomersialkan ternakan kita. Sebenarnya dengan
fcr 1:4, kalau kita menggunakan dedak sepenuhnya maka ternakan kita dah
kehilangan nilai komersialnya kerana kos yang terlalu tinggi. Takkan kos
makanan sahaja dah mencecah RM8 sekilo?
5. Yang kita boleh
membina satu reban besar seumpama bangsal ternakan ayam kacuk, ini
kerana jumlah benih yang ada sekarang sangat terhad dan jumlahnya tidak
menientu, oleh itu keseragaman usia benih tak dapat dicapai. Jika kita
menghumbankan semuanya dalam satu bangsal besar, kadar kematian ayam
akan meningkat.
6. Yang kita sekarang ini mudah mencari sejumlah
anak ayam mengikut bacth yang kita mahukan seperti 1000 ekor satu
reban. Kalau ada yang dah semaju ini, teman rasa temanlah yang pertama
mengodernya dan menternak ayam untuk jualan daging.. Kalau 1k sebulan,
cukup 6 bulan ada 800 ekor yang hidup dan boleh dijual. sekor dalam RM20
kali pula dengan 800 ekor. WOW...
Oleh itu, sebelum anda terjun
dalam bidang ini, cari ilmu sebaik mungkin. Adalah baik sekiranya anda
mencabar diri anda dahulu dengan menternak 50 ekor anak ayam (beli dari
penjual kecil2 yang ada) dan membesarkanya sehingga mencapai umur jual.
Dan dengan sejumlah ayam yang ada itu anda cuba pula mendapatkan
hasilnya dari telur yang dikutip dan melakasanakan proses mengeramnya
dengan menggunakna incubator. Sekiranya anda berjaya membesarkanya dan
berjaya menetaskan anak ayam secara incubator, maka anda dah bersedia
untuk menternak. Dengan ini anda telah ada pengetahuan asas untuk
menternak.. sekian..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan