Jumaat, 15 Mac 2013

~Bismillah~

MARTABAT NAFSU
Bila bercakap tentang nafsu, ramai di antara kita mengatakan atau menganggap ia sebagai suatu kelakuan jahat yang terbit dari perlakuan seseorang. Ada sesetengah orang berkata “jangan mengikut nafsu, nanti menjadi lesu” hidup ini jangan sekali-kali mengikut nafsu kerana ia adalah pekerjaan syaian.

Pendek kata ramai diantara kita belum lagi mengetahui takrif nafsu dan juga martabat nafsu. Adapun takrif nafsu boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :

Nafsu adalah satu perlakuan naluri manusia yang mendorongkan perlakuan yang dikuasai oleh iblis laknatullah untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syari’at dan hakikat Allah swt. Ianya terbit daripada kekotoran hati manusia dengan Allah swt.

Nafsu juga boleh ditakrifkan sebagai suatu martabat kelakuan hati dan kalbun manusia di dalam arah tuju ke martabat kesucian seseorang itu pada hakikat dan makrifat dengan Allah swt. Ianya boleh ditafsirkan sebagai taraf dan tahap hijab-hijab yang harus ditembusi oleh manusia untuk mengenal dirinya dan mengenal ia akan Tuhannya.

Adapun nafsu itu letaknya di cabang hai manusia. Ianya bertindak sebagai dinding (hijab) perhubungan diantara diri rahsia manusia dengan tuan empunya diri (Tuhannya).

Oleh itu tugas manusia yang hendak menuju kepada makrifat hendaklah pula memecahkan ruyung-ruyung hijab ini sehingga ianya sampai ke martabat yang paling tinggi kemuliaannya di sisi Alah swt. dan bebaslah diri batin manusia itu untuk bertemu dengan diri empunya Diri pada setiap saat dan ketika. Tanpa memecahkan ruyug-ruyung nafsu tadi, manusia tidak mungkin dapat kembali kepada Tuhannya semasa hidup (masih bernafas) atau mematikan dirinya sebelum mati.

Disamping itu manusia yang hendak menuju ke jalan makrifat Tuhanya haruslah pula berusaha supaya sampai ke martabat mematikan diri sebelum mati.

Adapun Martabat Nafsu pada diri manusia itu adalah terdiri dari tujuh (7) nafsu sebagimana yang termaktub didalam Al-Quran :

Nafsu AMARAH
Nafsu LAWAMAH
Nafsu MULHAIMAH
Nafsu MUTHMAINAH
Nafsu RADIAH
Nafsu MARDIAH
Nafsu KAMALIAH

“Sesungguh nya Kami telah menciptakan ke atas dirimu tujuh jalan (nafsu)”( Surah Al-Mu’minun ayat – 17 )


1. NAFSU AMARAH
Nafsu Amarah itu adalah satu kelakuan hati yang menerbitkan suatu perangai yang mengandungi sifat-sifat Mazmumah yang terampau banyak.

Manusia-manusia yang memiliki nafsu Amarah biasanya memiliki sifat-sifat Mazmumah iaitu sifat yang dikeji oleh Allah swt. Iaitu sifat-sifat seperti dengki, khianat, iri hati, pemarah, berang, emotional mengikut hati dan lain-lain lagi. Biasanya mereka yang dikuasai nafsu Amarah bertindak mengikut fikiran tanpa menggunakan akal. Kadang kadang mereka merasa diri merekalah berkuasa dan semuanya adalah hak mereka. Mereka boleh bersultan di mata dan beraja di hati. Seperti Firman Allah :

“Sesungguhnya Nafsu Amarah itu sentiasa menyuruh berbuat jahat”(Surah Yusof – ayat 53)

dan FirmanNya lagi :

“Tidakkah engkau perhatikan orang-orang yang mengambil hawa nafsunya menjadi Tuan dan dia disesatkan Allah kerana Allah mengetahui (kejahatan hatinya) lalu di tutup Allah pendengarannya (telinga batin), mata basirnya dan tetap tertutup.”(Surah Al-Jaashiah – ayat 23)

Dan sesungguhnya orang-orang yang dikongkongi oleh nafsu Amarah biasanya tak ahan di uji dan jika di uji dengan satu-satu entuk ujian atau satu cabaran dan dugaan mereka terus melenting bertindak mengikut fikiran dibawah hasutan syaitan dan kuncu-kuncunya.
Pada peringkat nafsu ini, manusia tetap dikuasai oleh iblis, jiwa mereka sentiasa tegang, fikiran sentiasa kusut, pegangan hanyut dan hati jarang-jarang sekali mengingati Allah SWT.

Mereka di peringkat nafsu ini akan mengingati Tuhan ketika susah dan melupaiNya ketika senang seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri, tetapi bila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa.”(Surah Fusilat – ayat 51)

Mereka juga bertindak di dalam sesuatu hal, langsung tidak berpandu kepada syariat Allah swt. tetapi mereka lebih berpandukan fikiran, angan-angan dan tidak pula penah terbit pada hati mereka satu perasaan salah terhadap sesuatu kesalahan yang mereka sendiri lakukan.

Sesungguhnya nafsu Amarah ini adalah nafsu binatang. Malahan ianya lebih hina daripada binatang bagi mereka yang menguasai nafsu Amarah.
Mereka mempunyai hati yang tidk memerhati, mempunyai mata yang tidak melihat, mempunyai pendengaran yang tidak mendengar, malahan boleh disifatkan mereka ini sebagai seekor binatang yang berupa manusia.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Akan di campakkan ke dalam neraka Jahanam daripada golongan-golongan jin dan manusia yang mempunyai hati tidak memerhati, yang mempunyai mata tidak melihat, yang mempunyai pendengaran tidak mendengar, mereka itu adalah seperti binatang, malahan lebih hina daripadanya dan mereka lah termasuk daripada orang-orang yang lalai”(Surah Al-A’araf – ayat 179)

Perlu juga diingatkan bahawa bagi orang-orang yang dikuasai oleh nafsu Amarah biasanya suka bersifat bermuka-muka dengan sesuatu yang diperolehinya dan suka memperbodohkan kelemahan orang lain walaupun rakan karibnya sendiri. Mereka mencela orang lain dan membayangkan dialah orang yang paling baik dan sempurna. Mereka bertindak menjaja keburukkan orang kepada orang lain dengan harapan keburukkan orang itu dapat memberi keuntungan kepada diri mereka.
Mereka ini tidak ubah seperti ayam balor yang mempunyai bulu yang elok tetapi tahi melekat di badannya.

Justeru daripada itu, adalah menjadi kewajipan diri manusia tersebut haruslah menyucikan sifat-sifat nafsu Amarah tadi supaya terbitnya sifat-sifat murni dan hilangnya sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia itu seperti firman Allah :-

“Demi nafsu (manusia) dan kesempurnaan (kejadian) maka Allah mengilhamkan kepada nafsu itu jalan kefaskan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan nafsunya”(Surah Asy Syam – ayat 7-10)

Oleh yang demikian maka seseorang itu hendaklah berguru dan berzikir menyucikan diri nya mengikut petua-petua yang diberi oleh guru mereka di dalam usahanya membersihkan dirinya dengan Allah swt.
Maka beramal lah mereka dengan petua-petua yang diberi oleh gurunya sehinggalah terbitnya peningkatan ke satu martabat nafsu yang seterusnya yang bernama nafsu Lawamah.

Zikir orang-orang Amarah biasanya di lidah tanpa menyerap di dalam hatinya. Zikir nya kosong tidak bertenaga dan bermaya dan sesungguhnya zikir adalah merupakan klorox bagi menyucikan kekotoran hati yang tidak boleh dicucikan oleh jenis-jenis sabun.

Jiwa mereka pada masa ini kosong hubungan dirinya dengan Empunya Diri adalah terputus langsung. Malahan diri rahsianya dihijab tebal daripada Allah swt. Diri batinnya kurus melidi, sakit tersiksa sedangkan badan zahirnya gemuk dan sihatnya seperti ubi kayu di tanah bukit, sedang tubuh batinnya di anai-anaikan oleh nafsu Amarah.

Penyakit Nafsu Amarah ini jika dibiarkan menular pada jiwa manusia ianya menyebabkan bertimbunnya pada hakikat selaput-selaput tebal, gelap dan kemas untuk mengingati Tuhannya. Dan hidupnya terus hanyut tidak berpedoman sebagai kabus di waktu pagi ataupun bagai awan di langit. Sesungguhnya bagi mereka yan dikuasai nafsu Amarah merekalah termasuk di dalam golongan manusia yang rugi di sisi Allah SWT.

2. NAFSU LAWAMAH

Pada peringkat nafsu Lawamah manusia telahpun dapat menguasai satu perasaan semacam melarang seseorang manusia itu melakukan sesuatu kesalahan kezaliman dan apa saja yang ditegah oleh syariat.
Perasaan ini timbul pada sudut-sudut hatinya pada setiap ketika mereka melakukan sesuatu kesalahan, maka bisikan di dalam hati mereka inilah dinamaan Lawamah.

Sesungguhnya Lawamah ini bolehlah diibaratkan seperti lampu isyarat (Alarm) di dalam sebuah kereta di mana lampu ini akan menyala berwarna merah/kuning bila kereta tersebut kehabisan minyak dan mengisyaratkan tuannya supaya mengisi minyak baru sebelum bahaya merempuh datang dari hadapan. Bagi mereka yang mempunyai Lawamah (isyarat larangan) dan mereka pula mematuhinya dengan penuh rasa tanggungjawab, maka mereka akan terselamat dari bahaya yang datang dari gejala-gejala nafsu Amarah yang masih berdaki laput di dalam jiwanya.
Sebaliknya jika seseorang itu yang telah meningkat ke martabat nafsu Lawamah tetapi tidak mematuhi isyarat larangan Lawamah, maka lama-kelamaan isyarat tersebut akan padam dan akan kembali lah mereka kepada nafsu Amarahnya.

Zikir mereka pada martabat nafsu Lawamah biasanya masih melekat di bibir tetapi kadang-kadang mulai telah menyerap masuk ke dalam hatinya dan keadaan tersebut tidak tetap. Maka haruslah seseorang itu meneruskan zkirnya sebagaimana yang dipetuakan oleh gurunya dengan tabah.
Mereka pada martabat ini masih lagi bergelumang dengan daki sifat-sifat Mazmumah tetapi ianya mulai menurun ke satu tahap minima. Sifat-sifat seperti gelojoh, marah, lekas melenting, hasad dengki dan lain-lain sifat terkeji mulai mengurang hasil kepatuhannya terhadap isyarat Lawamah yang terbit dari sudut hatinya. Kekusutan fikirannya telah pun menurun dan mereka mulai merasa segan untuk melakukan sesuatu dari sifat Mazmumah malahan mereka sering menyesali di atas sikap-sikap zalim yang pernah dilakukan oleh mereka dahulu.
Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :

“Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri”(Surah Al-Qiyaamah – Ayat 2)

Maka dengan ketekunan mematuhi isyarat serta kuat pula berzikir maka tingkatan nafsu mereka akan meningkat ke martabat nafsu ketiga yang dinamakan Nafsu Mulhamah.
Pada peringkat nafsu Lawamah seseorang itu telahpun dapat menerima ilmu Ghaib melalui Laduni pada peringkat NUR atau mimpi di dalam tidurnya dan kadang-kadang pula dapat menerima ilmu Laduni di peringkat tajalli. Oleh yang demikian maka seseorang itu haruslah pula berusaha dengan tekun dan sabar mengikuti petua-petua gurunya dan jangan sekali leka, semoga peningkatan martabat nafsunya akan tecapai.


3. NAFSU MULHAMAH.
Setelah seseorang itu berjaya mengikuti petua-petua daripada gurunya dan menerima teguran isyarat Lawamah dengan patuhnya, maka seseorang itu akan tercapai tahap nafsu yang lebih tinggi dan mulia martabatnya daripada nafsu Amarah dan nafsu Lawamah.

Adapun yang dimaksudkan dengan nafsu tersebut adalah nafsu Mulhmah. Pada peringkat nafsu ini seseorang itu telahpun dapat menyingkir sebahagian besar daripada sifat-sifat yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka pada masa ini telah pun mulai berkembang sifat-sifat tenang, lapang dadanya dan mereka telah pun dapat pengajaran ilmu ghaib melalui jalan Laduni, diperingkat Nur dan Tajalli daripada Tuhannya. Tetapi manusia diperingkat ini masih wujud lagi terkadang-kadang siat-sifat Mazmumah yang dikeji oleh Allah swt. Jiwa mereka kadang-kadang tenang dan ada masanya fikirannya gelabah, gelisah dan sebagainya. Pendek kata sifat-sifat Mazmumah itu masih lagi melanda jiwa mereka.

Zikir mereka di peringkat ini telah pun mulai melekat di hati dan bukan lagi melewa-lewa di lidah sahaja. Walaubagaimanapun tidak lah bermakna yang zikirnya di peringkat ini 100% telah tetap di hati mereka. Di samping itu pada tahap Mulhamah ini, isyarat larangan Lawamah tetap berkembang malah lebih membesar dan sesungguhnya pada peringkat zuk ini mereka telapun dapat menerima perasan zuk (mulhamah) dengan zikirnya dan dapat lah sedikit sebanyak menerima nikmat zikir yang diamalkan. Sesungguhnya tugas tersebut haruslah dilakukan bersungguh-sungguh dan lebih bekerja keras untuk meningkat martabat nafsu Mutmainah yang diakui syurga oleh Allah Taala.

Di dalam masa mereka menerima zuk di dalam zikirnya serta dapat pula mereka merasai nikmat zikirnya, maka seseorang itu diperingkat Mulhamah pula akan menerima satu lagi penyampaian ilmu ghaib melalui Laduni di peringkat Sir iaitu di mana seseorang itu akan dapat mendengar satu suara ghaib yang mengajar dirinya tentang ilmu ghaib melalui telinga batin.
Biasanya suara Ghaib itu adalah suara guru ghaib yang terdiri daripada wali-wali Allah yang Agong yang mengajar seseorang itu dengan terang dan jelas.


4. NAFSU MUTMAINAH
Setelah mencapai suatu martabat Mulhamah dan berjaya pula mengikut petua-petua gurunya serta dapat pula menerima zuk dan sir di samping hilang pula segala sifat mazmumah pada dirinya. Maka seseorang itu akan mendapat ketenangan, kelapangan jiwanya, hilang sifat-sifat resah gelisah hatinya.
Hatinya ketika itu mulai melekat rasa lamunan asih terhadap Allah swt dan mereka ini adalah dijamin 100% oleh Allah syurga, maka itu lah mereka yang telah berjaya mencapai ke martabat nafsu Mutmainah.

Seperti firman Allah di dalam Al-Quran :-

“Ingatlah sesungguhnya wali-wali Alah itu tidak ada kekuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati iaitu orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.”(Surah Yunus – ayat 62 – 64)

Dan firman Allah Taala lagi :-

“Wahai orang yang bernafsu Mutmainah pulanglah ke pangkuan Tuhanmu dengan perasaan lapng dan kesenangan dan jadilah kamu hambaKu dan kekallah dirimu di dalam syurga.”(Surah Al-Fajr – ayat 27-30)

Zikir mereka pada martabat ini telahpun melekat dihati dan terus bersama ingatan dengan Allah Taala pada setiap masa dan ketika. Dan pada peringkat ini mereka telahpun mendapat kalbun iaitu satu cahaya yang bergerak diantara atas dan bawah pada bahagian jantung yang bertindak sebagai dynamo untuk mengalirkan current ingatan kasih mesra, cinta rasa dengan Allah swt.

Pada peringkat martabat ini seseorang manusia itu bolehlah disifatkan telah mencapai martabat wali iaitu dinamakan oleh para ahli Tasauf sebagai Wali Kecil. Disamping telahpun mulai menerima Ilmu Ghaib (Laduni) melalui cara sirusir dan telahpun berjaya mendapat mata basir.

Pada peringkat nafsu Mutmainah ini juga, mereka telahpun dapat menerokai dengan pendengaran dan penglihatan mereka melalui telnga batin dan mata basir merekake alam barzah (alam kubur). Merea telahpun boleh melihat dengan mata kepala mereka sendiri, bagaimana nasib suka duka seseorang itu yang telah meninggal dunia dan berada di alam barzah serta diberi peluang juga melawat ke alam lain (alam ghaib).

Pada peringkat ini, timbul lah sifat-sifat super yang tidak boleh dimiliki oleh orang-orang awam seperti keramat, mulut masin, berkat da sebagainya. Bagi mereka diperingkat ini sering dilamun perasaan pana akibat kuatnya gelora lamunan cinta terhadap Allah swt.


5. NAFSU RADIAH

Setelah mencapai martabat nafsu Mutmainah dan gigihnya pula melatih dirinya untuk makrifat dengan Allah swt., maka seseorang itu akan ditingkatkan lagi iaitu martabat nafsu Radiah.

Zikir mereka pada martabat ini tetap berada dihatinya dan ucapan zikirnya pula dihatinya semata-mata. Mereka tidak pernah leka, lalai dari ingatannya dengan Allah swt.
Mereka sering mengalami pana’ akibat kuatnya gelora lamunan cinta dirinya dengan Allah swt. Mulut mereka sering terlatah tentang sesuatu yang bertentangan pada pandangan zahir syaria, hidupnya terus terampungan bersama Allah swt.

Pada martabat ini jiwa mereka telahpun suci, hatinya bersih hening dan setiap apa yang dilakukan olehnya samaada dengan mulu, tingkah laku, semuanya mulaimendapat keredaan Allah swt. Adapun pana’ mereka diperinkat nafsu Radiah ini adalah dinamakan pana’ kalbi iaitu hatinya, nuraninya terus dilambung perasaan cinta terhadap Allah swt pada setiap saat di dalam masa hayatnya.

Mereka diperingkat ini sering di jemput oleh para Wali-Wali Allah yang agong untuk menjelajahi ke alam-alam ghaib yang lebih jauh keluar daripada pemikiran manusia di samping mereka terus di ajar tentang ilmu ghaib yang lebih tinggi dan teknologi ilmu Allah yang tinggi yang sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh teknologi manusia.
Disamping itu mereka boleh membuat perhubungan terus dengan para rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Alah yang agong dan mereka dapat berbincang hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ghaib dan tentang petua-petua makrifat dengan Allah swt.
Perhubungan mereka dibuat melalui Nur, Sir dan Sirusir di dalam masa mereka membuat sesuatu perhubungan dengan para rasul-rasul, nabi-nabi, aulia dan para wali-wali Allah ini mereka akan dapat menikmati satu kelazatan yang payah sekali untuk diterangkan disini dan ianya hanya boleh dirasai sendiri oleh mereka yang telah sampai ke martabatnya.


6. NAFSU MARDIAH.
Bagi mereka yang mencapai martabat nafsu Mardiah, jiwa mereka bakabillah iaitu hatinya, kalbunya dan jasadnya sekali mempunyai perasaan cinta yang amat sangat terhadap Allah swt. Jiwanya tenang, lapang tidak gelisah malahan seluruh jiwa raganya tertumpu kepada Allah semata-mata. Zikir mereka diperingkat ini tetap bersemadi di dalam kalbun dan tidak pernah pun lalai dan lupa kepada Allah, walaupun sesaat di dalam hidupnya.

Pada peringkat ini mereka telah pun dapat menerima tetamu-tetamu agong yang terdiri daripada rasul, nabi-nabi, para ariffinbillah, para sidiqqin dan para wali-wali Allah di samping mereka juga dapat menerima ilmu ghaib dan teknologi Allah melalui Laduni di peringkat TAWASSUL.
Disamping itu mereka juga telahpun berpeluang menjelajahi seluruh alam maya dan alam ghaib yang lan termasuk syurga, neraka, Arasy dan Kursi Alah swt. Sebagaimana jaminan Allah di dalam firmannya di dalam Al-Quran :-

“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar (ke alam lain)”(Surah Al-Talak – ayat 2)

Di dalam hal pemecahan wajah dirinya, sesorang diperingkat ini telah mendapat wajah di antara 7 wajah ke 8 wajah bergantung kepada badan masing-masing.


7. NAFSU KAMALIAH.
Adapun yang dimaksudkan dengan Kamaliah ini adalah keadaan telah berkamil atau bersebati kelakuan diri zahir dengan kelakuan diri batin pada kontek dirinya dengan Allah swt. di dalam hidupnya.

Pada martabat ini, apa saja kelakuan diantara diri batin dan jasad adalah sama dan tidak bercerai tanggal diantara satu dengan yang lain. Dimana setiap perlakuan yang dilahirkan oleh mereka di martabat ini direstui dan diredhai oleh Allah Taala secara spontan. Keadaan ini dinamakan Kata Jadi ( Kun Fayakun ). Pendek kata, barang kata barang jadi, mereka ini nak dikatakan sakit, amat sakit, kalau keramat amat keramat, kalau alim teramat alim dan mereka mempunyai segala kelebihan yang tidak boleh sekali diterokai oleh manusia awam.

Sesiapa saja yang tercapainya ke martabat nafsu ini (Kamaliah) mereka boleh berpeluang pula menerima ilmu syahadah iaitu Ilmu Allah yang paling tertinggi yang dapat melalui guru yang dinamakan guru batin.

Bagi mereka yang telah mencapai martabat nafsu Kamaliah, mereka hendaklah pula berusaha mengembalikan dirinya ke martabat nafsu orang mukmin iaitu nafsu Mutmainah. Mereka tidak harus tinggal lama di martabat nafsu Kamaliah. Mereka harus menjadikan diri mereka kembali kepada orang awam, bergaul berniaga, berpolitik dan menjadi khalifah di alam maya tetapi jiwa raganya tetap bersama Allah buat selama-lamanya sehingga darjat dirinya payh ditelah oleh orang ramai dan ini boleh disebut sebagi orang alim tidak alim, orang jahil tidak jahi. Pendek kata sifa manusia yang sempurna dan sederhana dimiliki oleh mereka di martabat ini dan mereka mulia di dunia dan akhirat.

Oleh itu wahai teman-teman dan anak-anak, tuntutilah Ilmu Tasauf sehingga tercapai martabat yang bapak coretkan ini, semoga kita bersama selmat di dunia dan akhirat.

“Berbahagialah engkau yang mencapai martabatnya”

Khamis, 14 Mac 2013

~Bismillah~

Alhamdulillah...ayam arab sulung dari induk yg pertama telah menetas...tp tak banyak,ade dalam 3 biji je...saje nak test eram..telur arab yg lain sume da masak...maklumlah telur baru takut takde benih..yg lain2 tu sume telur ayam kacuk..tu yg nampak kuning je...harap lepas ni bertambah2 lagi..aaaamiiinnn...

Rabu, 13 Mac 2013

Ketahui ternakan yang sesuai untuk anda ternak..

~Bismillah~




Adakah anda....???

1. Suka suasana kampung dan lebih gemar melihat ayam bebas berlari kesini kesana?
-kekadang anda kekurangan masa untuk melayan kerenah ternakan anda?
-tak harap sangat yang ternakan anda ini menjana pendapatan utama anda,
-atau modal yang anda nak peruntukkan tak besar mana
-atau anda baru nak belajar menternak ayam ini kecil2an sbb modal takde
-anda sendiri tahu yang anda ada sedikit sifat malas nak handle ayam
-anda kurang yakin cara nak membesarkan ternakan anda termasuk penyakit dan makanan
-anda malas nak memasak makanan untuk penjimatan dan lebih suka ayam carik makanan sehari selepas anda memberi makan sekali sehari
-anda suka menjual kepada orang kampung sekitar atau hanya menjual apabila perlu
-anda mengemari rase ayam kampung yang asli kerana keenakkanya..
-anda mahu menjaga warisan nenek moyang mengenai ayam ini..

Maka ayam yang patut anda ternak: Ayam kampung asli@malaikai@ori
2. kalau anda suka benda yang cepat mendapatkan hasil
-anda suka melihat ternakan anda membesar dengan besar
-anda ada masa untuk memantau ternakan serta membelai sekerap mungkin
-anda anda suka melihat ternakan anda dalam jumlah yang banyak sbb rase puas dengan hasilnya nanti
-anda ada modal yang mencukupi dan temapt yang sesuai.
-anda ada pengetahuan untuk menternak ayam dalam jumlah yang besar
-anda ada kebolehan dalam penjualan serta bijak mencari pasaran serta mampu berurusan dengan pemborong dengan baik
-anda puas bila dapat menjual ayam anda sekali gus dan memulakan ternakan baru sebagai satu lagi cabaran untuk anda.
-anda tak kisah kalau jumlah keuntungan perekor kecil asalkan jumlah yang anda jual tinggi

Ayam yang perlu anda ternak adalah : ayam kampung kacuk

3, Kala anda rase yang anda nie tak suka bela ayam sebagai haiwan untuk daging
-dan kalau anda rase ayam perlu dibela sebagai pet
-anda sangat berbangga dengan harga seekor ternakan anda yang sangat tinggi valeu
-anda selalu bermegah dengan peralatan atau gedget anda yang mahal
-anda sangat detail dalam menternak termasuk mengasuh ternakan anda dan menjaganya sepenuh hati
-anda suka benda yang mahal dan tak suka jumlah yang terlalu banyak dalam satu2 masa..
-anda berbangga sekiranya anda dapat jual seekor ternakan anda dan memperolehi keuntungan hampir separuh dari gaji anda sekarang..

Maka ayam yang perlu anda ternak adalah ayam esotik seperti mutiara, merak dll..

4. Kalau anda seorang yg suka cabaran,
-anda mahukan sesuatu yang mencabar dan mampu melakukan banyak perkara dalam satu2 masa,
-anda suka mencari ilmu dipelbagai bidang,
-anda sentiasa peka dengan keperluan semasa dan senang berubah ikut arus
-anda ada modal yang mencukupi dan kawasan ternakan yang sesuai,
-anda suka sumber pendapatan anda datang dari banyak sumber dan suka lakuakn perkara baru asalkan ada permintaan
-anda ada kemahiran mengurus yang baik..

ternakan yang sesuai adalah campuran antara ternakan ayam ori untuk jualan berkala dan ternakan ayam kacuk untuk pendapatan bulanan(utama)

5. Kalau anda suka menternak separa sukar dan tak memerlukan banyak masa tetapi
-merasa bangga apabila pelawat memuji dengan variasi ternakan anda,
-anda tak minat dengan penternakan yang berjumlah besar kerana banyak kerja yang perlu dilakukan,,
-anda ada ternakan yang sederhana tetapi suka memberi perhatian yang lebih kepada beberapa ternakan "istimewa" anda setiap hari.
-anda mengahrapkan hasil julanan secara berjadual dan bermusim disamping mejual ayam istimewa sekali sekala..

Ternakan yang perlu anda ternak adalah campuran antara asli dan esotik..

KAEDAH CANDLING...

~Bismillah~




Candling your egg.(bahasa org putih) melayu cakap skodeng telur hang hehehe
Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio didalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna incubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Incubator. padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah..
1. perhatikan sebarang retakan pada telur, walau pun terdapat cara untuk menampal retakkan namun jalan terbaik adalah tidak mimilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut samada kecil atau besar garisannya.
2. perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidak samarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.
3. perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) didalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini juga kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam, buat bazir space sahaja..
4. perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya.. kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namum perlu dingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan..

setelah pemeriksaan dilakukan anda boelh melakukan proses pengeraman didalam incubator. Telur pertu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan.. periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan baru.. telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.. korang eramlah sampai 21 hari takkan ada apa yg berlaku..

candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 dimana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat.. biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur.. pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur..

kita juga boleh melakukannya skali lagi apabila telur telah berada selama 15 gari didalam incubator.. pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur.. perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak digangu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan..sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicadling bagi memudahkan proses dilakukan.. dibawah adalah gambar keadaan embrio semasa dalam proses pembesaran..
~Bismillah~

PROSES ERAMAN DAN SETERUSNYA..

Incubator adalah satu alat yang meniru keadaan dibawah perut ibu ayam semasa ayam ini mengeram. Setelah berevolusi sekian lama timbul pelbagai bentuk dan cara ianya dibina namun perkara asas yang mesti dipatuhi adalah :

1. suhu yang sama dengan suhu dibawah perut ibu.
2. kelambapan yang sama dengan persekitaran tempat bertelur
3. pergerakan memusingkan telur untuk mengaktifkan embrio didalam telur.

Incubator keluaran jenis ini adalah berkongsep force air dimana udara panas dihembus untuk mendapatkan suhu yang dikendaki. . Incubator ini diperbuat dari bekas PVC dan mempunyai penutup. Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk membuat incubator adalah:

1.termostart untuk memastikan suhu sentiasa didalam jurang yang dikehendaki
2. termometer untuk memeriksa suhu dalam bekas incubator
3. mentol sebagai sumber haba dalam incubator
4. kotak dari bahan yang memerangkap haba atau kedap haba
5. sumber air dari takungan atau bekas untuk kelambapan.
6. sumber kuasa dari bekalan elektrik

Suhu

Didalam sesebuah incubator suhu yang paling sesuai adalah antara 35 darjah celsius sehingga 39 darjah celsius. Julat suhu ini adalah kerana kita mengambil bacaac suhu dari lampu mula terpadam sehingga lampu menyala semula. Berikut adalah cara anda boleh mendapatkan bacaan suhu bagi suhu minima dan suhu maksima.

-apabila lampu menyala anda perhatikan jarum pada termometer sehingga lampu terpadam. Sekiranya bacaan pada masa lampu terpadam menunjukkan 39 darjah ianya adalah tepat dan betul. Bacaan ini menunjukkan suhu maksima bagi incubatro anda kerana bekalan suhu dari lampu telah diputuskan oleh termostart. Suhu maksimum sangat penting bagi mengelakkan telur terbakar atau hangus akibat kepanasan berterusan yang dibekalkan oleh lampu

-apabila lampu terpada dan mula2 menyala. Anda perhatikan bacaacn pada jarum termometer pada masa itu. Suhu pada ketika itu seharusnya menunjukkan minama 35 darjah. Suhu ini menunjukkan bahawa suhu paling minima bagi incubator adalah 35 darjah dimana lampu perlu dipasang kembali untuk menaikan suhu incubator, operasi menyalakan lampu ini dilakukan oleh termostart secara outomatik.

Oleh itu suhu minima bagi incubator adalah pada ketika lampu mula menyala iaitu : 35darjah celsius dan suhu maksima adalah dikala lampu mula terpadam pada suhu 39 darjah celsius. Anda perlu memastikan suhu sentiasa berada dalam julat ini dan sebarang perubahan mendadak perlu ditentuukur kembali begai megelakkan suhu menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Perkara yang perlu anda lakukan semasa anda menerima Incubator:

1. buka bungkusan dengan berhati2 dan perhatikan semua perkakasan yang ada.
2. keluarkan kotak yang membalut incubator dan asingkan.
3. buka penutup incubator (penutup kotak PVC platik dengan berhati hati
4. keluarkan pump yang dilekatkan pada dinding incubator. Pump ini perlu diletakkan diluar incubator disebelahnya.
5. keluarkan segala perkakasan yang ada didalam incubator
6. pasang mentol pada soket lampu
7. isi air didalam bekas air yang disediakan sehingga ketahap yang ditandakan .
8. pastikan hujung muncung nozel atau saluran getah tiup berada diatas permukaan bekas air.
9. ambil sedikit carikan kertas dan ratakan diatas permukaan lantai incubator sebagai lapik kepada telur yang bakal dimasukkan nanti
10. buka bungkusan termometer dan letakkan diatas lantai incubator.
11. pasang plug kepada punca elektrik dan nyalakan
12. tutup kembali penutup incubator dan dan kunci dengan selak yang sedia ada.
13. jangan dibuka salotep yang dilekatkan diluar termostart kerana ianya telah disetkan.
14. biarkan incubator menyala dan terpadam selama 2 jam sekurang-kurangnya.
15. kemudian anda ambil bacaan termometer dari luar incubator tanpa membuka penutupnya dengan melihat dari luar cermin tinjau.
16. letakkan incubator ditempat selamat dan elakkan diganggu atau digerakkan tanpa sebab.
17. setelah semua bacaan suhu stabil dan mencapai julat suhu yang dikehendaki anda bolehlah memasukkan telur yang telah diperiksa dan disaring.
18. minimakan aktiviti anda membuka penutup incubator bagi mengelakkan suhu dari incubator diserap keluar.















Incubator adalah cara terbaik untuk memaksimakan pengeluaran telur di ladang ternakan kita.. incubator membolehkan kita tidak bergantung sepenuhnya pada ibu ayam untuk menetaskan telur.. namun untuk berubah dari sistem penternakan tradisioanal kepada separa moden kita membeli incubator dengan harapan penggunaan incubator dapat membantu produksi ladang.. terdapat pelbagai variasi incubator dipasaran samaada yg manual atau auto.. buat masa ini sistem yg banyak diguna pakai di malaysia adalah dari jenis still air dan force air.. dan heat element biasanya menggunakan mentol pelbagai watt.. namun kebanyakan pengguna incubator untuk kali pertama menghadapi masalah dalam penggunaanya.. seringkali telur tidak menetas dan peratusan anak yg menetas mati amat tinggi sekali.. dibawah disenaraikan tips2 penggunaan incubator yg didapati dari pengalaman dan rujukan.

1. sebelum menggunakan incubator untuk permulaan, pastikan incubator tersebut bersih dan bebas dari sisa2 pembuatan seperti cat, shelex, abuk kayu dan sebagainya..

2. incubator perlu di pasang semalaman untuk menguji sistem yg dipasang dalam perkakasan tersebut.

3. kita perlu mempunyai termometer digital yg lebih tepat untuk mengukur suhu didalam inkubator.. suhu diukur dari permulaan lampu menyala sehingga lampu padam.. catat dan bandingkan julat suhu anta kedua2nya.. pastikan suhu mencapai 38 .

4. julat perbezaan antara suhu max dengan suhu min sepatutnya tidak melebihi 3 darjah kerana sebarang berbezaan yg terlalu besar akan merosakkan telur yg dieram cth- min: 37, max 39 sahaja..

5. sekiranya julat terlalu tinggi, anda dinasihatkan tidak meletakkan dahulu telur kerana ianya akan mengagalkan usaha anda menetaskan telur, cuba mengubah dan menentuukurkan termostart dengan menambah atau mengurangkan suhu.. sekiranya gagal juga biarkan on dahulu incubator tersebut selama 3 hari.. kadangkala termostart perlu distabilkan untuk mendapatkan bacaan terbaik.. mungkin selepas 2-3 hari ianya akan stabil..

6. sekiranya masih bermasalah, ia menunjukkan termostart anda bermasalah, sila rujuk kepada penjual semula untuk troubleshooting.(jgn lupa memasukkan air didalam bekas air dalam incubator semasa menguji kerana kelembapan didalam incubator mempengaruhi suhu)

7. sebelum memasukkan telur periksa telur yg bakal di masukkan, bersihkan kekotoran dengan kain kering atau kertas pasir paling halus.. tetapi berhati2 untuk tidak merosakkan kulit telur..
untuk telur yg terlalu kotor, saya nasihatkan tidak dimasukkan skali kerana kekotoran tersebut akan menggangu penetasan.. jgn sesekali mencuci dengan air atau mengeramkan telur yg telah terkena air.. kompom tembelang..

8. telur yang kulitnya terlalu nipis
atau kasar mengerutu yg diperiksa dengan meneliti permukaan telur biasanya gagal dinetaskan..begitu juga telur pertama ayam yg biasanya terlekat kesan darah.. (dalam byk2 telur dalam tempat telur biasanya ada sebijik yg ada darah) peratusannya rendah.. lebih baik digoreng sahaja..

9.semasa meletakan telur pastikan bahagaian bulat atau yg paling besar telur diatas.. seeloknya disenggetkan sedikit supaya bahagaian yg berongga( yg besar) dia atas.. ia menggalakkan pembinaan embrio semasa proses pengeraman..

10. untuk incubator manual, telur perlu diterbalik2kan sebanyak 3 kali sehari untuk meransang pertumbuhan embrio dan mengelakkan embrio dalam kedudukan kaku.. ia juga boleh mengelakkan embrio melekat pada kulit telur.. proses pembalikan dilakukan dengan tangan yg kering dan bersih atau menggunakan sarung tangan. periksa atau suluh dan goreng..telur tersebut tidak disenyawakan..

11. elakkan membuka pintu incubator terlalu kerap atau dalam tempoh masa yg panjang kerana ianya akan menurunkan suhu serta memaksa lampu menyala lebih lama( meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat mentol) suhu tak stabil akan mempengaruhi telur.

12. setiap telur perlu ditulis tarikh untuk rujukan.. ada 2 cara penulisan tarikh..1- tarikh masuk dan satu lagi tarikh untuk telur menetas.. letakkan satu kelender disamping incubator untuk rujukan

13. 3 hari sebelum telur menetas anda perlu menghentikan aktiviti memusingkan telur kerana pada masa ini embrio sudah dalam keadaan bersedia untuk menetas dimana biasanya muncung paruhnya berada dibahagian atas. Jika kita menterbalikkan juga dikuatiri embrio akan menjadi lemah kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk memusingkan badan keatas.

14. proses penetasan biasanya anak ayam akan menebuk lubang udara terlebih dahulu untuk membenarkan udara masuk bagi melatih bernafas untuk kali pertama. proses penetasan biasanya mengambil masa 12-24 jam.. jgn memaksa anak ayam keluar dengan memecahkan cengkerang kerana tak sabar nak tgk anak ayam keluar kerana dikuatiri anak ayam terlalu lemah atau pusat anak ayam tersebut belum kering dan masih melekat pada kulit dalam telur.. jika ada paksaaan jugak biasanya isi perut anak ayam akan terburai skali kerana ianya masih bersambung dan belum cukup kuat.

15. anak ayam yg baru menetas dibiarkan dlam incubator untuk tempoh 24 jam hingga 3 hari untuk proses pengeringan dan membina kekuatan badan..selepas tu kita perlu memindahkan ke bekas asuhan anak ayam (brooder)
16. anda tidak digalakkan memasukkan kesemua telur ayam serentak pada masa yg sama. masukkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakkan dalam incubator semasa penetasan kelak.. juga mengelakkan kerugian besar apabila berlaku kegagalan incubator..

17. pastikan anda memeriksa suhu incubator sekerap mungkin sekurang2nya 3 hari sekali.. sebaik2nya setiap hari untuk kepastian kefungsian termostart..

18. pastikan mentol tambahan sentiasa berada dalam simpanan anda untuk memastikan mentol dapat ditukar secepat mungkin sekiranya ada yg terbakar.. kekurangan mentol akan mengurangkan sumber haba untuk incubator..

19. periksa paras air dari masa kesemasa, kelembapan amat penting bagi mengelakkan telur kita terpanggang dengan kepanasan incubator..

20. telur yg melebihi tempoh 21 hari perlu dihapuskan secepatmungkin kerana tiada anak ayam akan menetas selepas tempoh tersebut..





sekiranya anda ingin membeli atau sudah mempunyai incubator.. kita perlu melakukan saringan telur yang ingin dieram.. tujuan saringan ini adalah untuk memastikan telur yang dimasukkan benar2 berkualiti dan bersih.. jika anda gagal melakukan aktiviti ini dan terus memasukkan kedalam incubator.. ada kemungkinan telur yang anda masukkan tidak mempunyai benih dan mungkin telah rosak pada awalnya.. so untuk memaksimumkan pengeluaran telur dan meningkatkan kejayaan penetasan perkara seperti berikut perlu dilakukan..

1. mengutip telur dari reban sama ada telur baru atau telur yang telah dieramkan oleh ibu.. kekadang telur yang baru dikeluarkan telah dieramkan oleh ibu ayam lain yang tersilap bekas telur atau baru belajar mengeram..

2 setelah telur dikumpulkan anda perlu memeriksa permukaan telur dengan meneliti setiap biji telur yang telah dikutip.. perhatikan sebarang kecacatan atau kerosakan pada telur tadi.. buat kepada semua telur sepenuhnya..

3. setelah saringan fizikal selesai anda perlu membersihkan telur dengan membuang segala kotoran yang dapat dilihat secra kasar.. biasanya kotoranini terdiri daripada najis ayam dan juga tanah yang tercalit semasa ibunya bertelur.. kadangkala kotoran datang dari bekas telur kita dan juga dari lebihan lendir dari telur yang pecah didalam bekas telur.. kotoran boleh dibersihkan dengan kain bersih sekiranya telur yg kita perolehi masih baru dan belum dieram oleh ibu dan sekiranya ada kotoran degil bersihkan dengan kertas pasir halus dengan perlahan2..
anda perlu berhati2 semasa membersih kerana telur ayam amat mudah pecah dan kadang kala anda akan terjumpa telur yang nipis kulitnya sehingga hanya dengan menggosok sahaja kulitnya akan retak dan pecah.. adalah dinasihatkan menolak telur ini kerana biasanya telur ini tidak akan menetas-anta sebab kenapa terjadi sebigini adalah kekurangan zat makan dari ibu dan ibu baru mula bertelur.

4. setelah semua telur dibersihkan anda perlu untuk memeriksa benih telur dengan menggunakan candling. perhatikan kalau ada kecacatan dalam telur seperti keretakan, saiz kuning telur, warna telur , garisan jangkitan, bentuk telur dan sebagainya...

5. setelah selesai langkah diatas anda perlu menanda tarikh pada telur untuk memastikan jangkaan telur akan menetas dapat ditentukan kelak.. tulis jangkaan telur menetas dengan menambah tarikh telur dimasukkan dengan jumlah hari 21 hari.. contohnya hari kemasukkan adalah pada 5 hb dan tarikh yg perlu ditulis ditelur adalah(5+21) 26 hb.. sebab kenapa perlu berbuat sedemikian kerana kalau kita menulis tarikh masuk pada telur (5 hb) setiap kali kita hendak memeriksa telur kita, kita perlu mengira jumlah hari umur telur tersebut dengan menolak tarikh periksa dengan tarikh masuk.. kekadang sampai masa untuk menetas pun kita tidak tau n perasan kerana sukar nak menolak sepanjang masa.. dengan menggunakan cara tarikh tadi kita hanya menunggu masa yg tercatat ditelur itu sampai sahaja sebagai rujukan waktu telur dijangkakan menetas..

selamat menternak!!






Candling your egg.(bahasa org putih) dan dalam bahasa Malaysia adalah teropong telur.
Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio didalam telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna incubator dengan beranggapan ianya tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Incubator. padahal sebelum kita boleh memasukkan sebarang telur proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses pemilihan adalah..
1. perhatikan sebarang retakan pada telur, walau pun terdapat cara untuk menampal retakkan namun jalan terbaik adalah tidak mimilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari bayangan telur tersebut samada kecil atau besar garisannya.
2. perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur. Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. kemungkinan telur ini untuk menetas adalah sedikit kerana ketidak samarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.
3. perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) didalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini juga kalau dieramkan tidak akan mendatangkan anak ayam, buat bazir space sahaja..
4. perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan kain bersih yg kering. jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk membuangnya.. kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil namum perlu dingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti telur yg hendak dieramkan..

setelah pemeriksaan dilakukan anda boelh melakukan proses pengeraman didalam incubator. Telur pertu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan.. periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. jika tiada kita boleh mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan baru.. telur ini biasanya tidak disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.. korang eramlah sampai 21 hari takkan ada apa yg berlaku..

candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 dimana apabila kita menyuluh, bayangan embrio dapat dilihat.. biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur.. pada ketika ini mata dan kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur..

kita juga boleh melakukannya skali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari didalam incubator.. pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur.. perlu diingatkan embrio yg telah mencapai usia 17 hari keatas sebolehnya tidak digangu kerana embrio telah menjadi anak ayam sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan..sila keluarkan sebentar telur yg hendak dicadling bagi memudahkan proses dilakukan..

~copy paste~
AMBIL MANFAAT...(bukan senang nak senang)
~Bismillah~


Untuk menternak ayam kampung asli ini, kita mesti membuang pikiran kita yang terdahulu mengenai ayam kampung ini dan menerima seadanya ayam kampung asli itu sendiri. Perkara yang perlu kita elakkan adalah untuk berpikir yang :

1. yg kita perlu mempercepatkan kadar pembesaran ayam kampung diternak supaya menjadi dalam lingkungan 3 bulan sahaja. kekuatan ayam kampung asli itu sendiri terletak di jangka hayat penternakan itu sendiri sehingga mencapai usia matang(6 bulan)

2. yg kita perlu menggunakan semua teknik supaya ayam kita bertelur banyak. Kita perlu ingat yang ayam yg normal hanya bertelur 60 biji sahaja setahun, namun kita boleh meningkatkan jumlahnya dengan menggunakan sistem merampas dan merawat dan bukannya menggunakan ubat2an.

3. Kita mesti meningkatkan jumlah berat ternakan kita sehingga mencecah berat antara 2- 2.5 kg. ayam kampung asli mendapat harga atau potensinya dengan berat diantara 1.2 -1.5 kg sahaja. Kalau kita dah melepasi range atau lingkungan itu, kita akan emnhadapai maslaah ketika menjualnya nanti.

4. Yg kita harus menggunakan dedak sepenuhnya demi mengkomersialkan ternakan kita. Sebenarnya dengan fcr 1:4, kalau kita menggunakan dedak sepenuhnya maka ternakan kita dah kehilangan nilai komersialnya kerana kos yang terlalu tinggi. Takkan kos makanan sahaja dah mencecah RM8 sekilo?

5. Yang kita boleh membina satu reban besar seumpama bangsal ternakan ayam kacuk, ini kerana jumlah benih yang ada sekarang sangat terhad dan jumlahnya tidak menientu, oleh itu keseragaman usia benih tak dapat dicapai. Jika kita menghumbankan semuanya dalam satu bangsal besar, kadar kematian ayam akan meningkat.

6. Yang kita sekarang ini mudah mencari sejumlah anak ayam mengikut bacth yang kita mahukan seperti 1000 ekor satu reban. Kalau ada yang dah semaju ini, teman rasa temanlah yang pertama mengodernya dan menternak ayam untuk jualan daging.. Kalau 1k sebulan, cukup 6 bulan ada 800 ekor yang hidup dan boleh dijual. sekor dalam RM20 kali pula dengan 800 ekor. WOW...

Oleh itu, sebelum anda terjun dalam bidang ini, cari ilmu sebaik mungkin. Adalah baik sekiranya anda mencabar diri anda dahulu dengan menternak 50 ekor anak ayam (beli dari penjual kecil2 yang ada) dan membesarkanya sehingga mencapai umur jual. Dan dengan sejumlah ayam yang ada itu anda cuba pula mendapatkan hasilnya dari telur yang dikutip dan melakasanakan proses mengeramnya dengan menggunakna incubator. Sekiranya anda berjaya membesarkanya dan berjaya menetaskan anak ayam secara incubator, maka anda dah bersedia untuk menternak. Dengan ini anda telah ada pengetahuan asas untuk menternak.. sekian..
HARGA

ni harga anak ayam kampung...tp ni bukan harga aku,ni aku amik dari penternak lain..
so,harap faham la,harga ayam kampung memang MAHAL...bukan cekik darah...

Umur 0-1 minggu : RM 3.00/ekor
Umur 1-2 minggu : RM 4.00/ekor
Umur 2-3 minggu : RM 5.00/ekor
Umur 3-4 minggu : RM 6.00/ekor

Selasa, 12 Mac 2013

APABILA AYAM KURANG KALSIUM,MAKA IA MENGHASILKAN TELUR YG LEMBIK

Tips proses pengeraman yang menggunakan incubator force air



PROSES SEBELUM MEMASUKKAN TELOR.
Terlebih dahulu saya ingin berkongsi beberapa tips - tips apabila anda menggunakan incubator ( mesin penetasan ) force air. mungkin disini ramai yang baru sahaja menggunakan mesin penetasan telor (ayam,puyuh,itik,ayam mutiara,angsa).
Dibawah ini adalah tips - tips bagi penternak yang baru sahaja menggunakan mesin penetasan telor ini :
1) Memastikan incubator didalam keadaan yang bersih.
2) Sebelum memasukkan telor - telor unggas anda perlu menyalakan lampu incubator, memasukkan air kedalam bekas air
3) Memastikan ianya mencapai suhu tertinggi yg ideal  iaitu (38  - 38.8 darjah celcius) . Bagaimana nak tahu suhu tertinggi? ..cuba anda perhatikan apabila lampu yang menyala itu PADAM / OFF.
4) Pastikan telor - telor itu bersih dari segala kotoran (tahi,tanah).Bersihkan menggunakan kertas pasir dengan menggosokkan secara perlahan.
5) Tandakan tarikh memasukkan telor dan tarikh yang dijangka menetas.
6) Habis satu proses...

PROSES MENGGOLEKKAN TELOR DAN CANDLING (MENYULUH).
1) Proses menggolekkan telor dilakukan sekurang-kurangnya 2 ,3 kali sehari.
2) Masa yang saya selalu practic adalah waktu pagi sebelum saya pergi kerja dan waktu petang selepas balik kerja.
3) Perlu tanda pada calendar hari yang ke 7 , 12, 15 untuk proses candling. Kalu anda beli incubator dari saya.anda dh tak perlu mencari lampu yang sesuai untuk proses candling.senang aje...terus guna.
** Hari ke 7.
- Ketulan jantung warna hitam sudah jelas nampak (mcm tahi lalat)
** Hari ke 12
- Pergerakkan jantung,kaki akan nampak.
** Hari ke 15
- Ruang didalam cengkerang telor akan kelihatan padat , hampir tidak nampak.
** Sekiranya pada  hari ke 7 > 10 cuma ada tanda blood ring sahaja tanpa ketulan jantung embrio (tiada proses pembesaran /perkembangan embrio) maka anda dinasihatkan keluarkan telor tersebut. ini bermaksud tiada benih didalam telor.
4) Sila hentikan proses menggolek telor-telor pada 3 hari sebelum tarikh menetas. Kalu terlebih masa menggolek ni takot-takot anak didalam cengkerang telor tu mati sebelum menebuk.

PROSES MENETAS DAN PROSES MEMINDAHKAN ANAK-ANAK AYAM.
1) Memberhentikan proses menggolekkan telor pada 3 hari sebelum menetas.
2) Apabila anak-anak ayam bersedia untuk menebuk telor itu anda dinasihatkan menegakkan muncung anak ayam itu keatas.
3) Ianya akan mengambil masa selama beberapa jam untuk keluar dari cengkerang itu. sekiranya lebih dari 10 jam..anda perlulah menolong memecahkan cengkerang itu sedikit dan hentikan sekiranya salut putih itu masih berdarah ketika anda memecahkan cengkerang tersebut.
4) Tunggu sehingga hari ke-2 anak-anak ayam didalam incubator itu. Jangan risau pump oksigen sentiasa memberi udara yang segar didalam incubator.
5) Selepas bulu kering dan anak ayam itu sudah mula berlari2 didalam incubator tersebut , anda perlu mengeluarkan anak-anak ayam tersebut ke dalam brooder / kotak.
6) Pastikan ada sumber haba panas iaitu lampu untuk anak-anak ayam tersebut bagi mengelakkan kesejukkan.

TIPS - TIPS PENTING UNTUK SUHU INCUBATOR.
1) Semasa memasukkan telor pastikan suhu tertinggi incubator anda. Sebagai contoh 38.5 darjah celcius.
2) Sila pastikan setiap 3 @ 5 hari  suhu tertinggi incubator anda. sekiranya terlalu rendah besar kemungkinan embrio didalam telor itu mati kerana kekurangan haba panas.
3) Sila pastikan bekas air tidak terlalu kurang. Suhu kelembapan adalah 60%
4) Sila pastikan mentol tidak terbakar dan sediakan sebiji mentol spare.
5) Elakkan incubator itu diletakkan di kawasan terbuka luas kerana takut udara yang kuat dari luar akan mengganggu kepanasan haba didalam incubator.


 TELUR MASIN


PERNAH menjamah telur masin yang tidak menepati selera? Kurang masin atau terlalu masin? Harganya pula semakin hari semakin mahal, pasti membuatkan kita membebel tidak puas hati.

Ada juga anak perantau yang tinggal atau belajar di luar negara teringin menikmati lauk telur masin. Jika sukar, apa salahnya hasilkan sendiri telur masin. 
Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidak sukar membuat telur masin. Memang agak lama menunggu tetapi proses membuatnya tidak sukar. Pasti puas hati menikmati telur masin buatan sendiri. 

Jika bimbang, hasilkan beberapa biji dulu seperti panduan berikut:


Bahannya: 

10 biji telur 
1 jag air (2 liter) 
500 gram garam (atau mengikut selera kemasinan sendiri) 


Proses: 

a) Pilih telur 

- Telur itik yang terbaik tetapi boleh juga menggunakan telur ayam. Bukan semua orang mudah mendapatkan telur itik. Sebenarnya telur ayam pun boleh juga digunakan cuma telur itik lebih tebal kulitnya dan sesuai dijeruk sebagai telur masin. Ia juga dikatakan lebih tahan lama dan hasilnya lebih sedap berbanding telur ayam. 

Di Malaysia tidak sukar mendapat telur itik bagi membuat telur masin tetapi sekiranya anda perantau di luar negara dan sukar mendapat telur itik, telur ayam boleh digunakan. 

- Saiz bukan masalah utama cuma telur jangan terlalu nipis kerana kelak mudah pecah. Jangan terlalu besar kerana telur akan saling berlaga di dalam bekas penyimpanannya jadi risiko pecah perlu diminimumkan. Pilih warna telur yang kehijauan. 

- Telur mesti sempurna, tidak boleh rosak ataupun pecah walau sedikit pun. Lubang halus pun tidak boleh kerana melalui lubang itu air boleh masuk dan merosakkan proses pemasinan telur. 

- Mesti menggunakan telur yang baru dan segar. 

b) Basuh telur sehingga bersih dan keringkan. 

c) Masak air dan garam dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat. Biar sehingga sejuk atau semalaman. 

d) Tapis air garam bagi mendapatkan air garam yang betul-betul bersih tanpa kekotoran sampingan. 

e) Masukkan telur ke dalam air garam tadi. Pastikan air garam cukup penuh untuk menenggelamkan semua telur sekali gus. Tutup bekas kemas-kemas. 

f) Tulis tarikh di luar bekas penyimpanan supaya senang ingat tarikh pembuatannya. 

g) Selepas dua minggu, telur sudah boleh direbus. Kemasinan telur bergantung pada air garam tadi dan sekiranya terlalu masin, boleh rendam di dalam air biasa sehari dua bagi mengurangkan masin sebelum direbus. 

Terima kasih: 
Omar Yatim (pengusaha sampingan ternakan itik dan telur itik) yang sudi berkongsi cara membuat telur masin dengan Harian Metro.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/28 - See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/Buattelurmasin/Article/#sthash.RU4FzqxX.dpuf

Sabtu, 9 Mac 2013

MANUAL PENGGUNAAN MINI INKUBATOR(MESIN PENETASAN)


SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN PERKARA DI BAWAH PERLU DI PASTIKAN :

1) Mesin dalam keadaan sempurna dan tidak pecah (jiga penghantaran melalui pos)
2) mentol – tidak pecah dan terbakar
3) Bekas Air – dapatkan 1 bekas untuk di isi air setengah sahaja , tidak perlu penuh
4) Thermometer – boleh guna thermometer biasa dan digital

LANGKAH MENGGUNAKAN MESIN ERAMAN
1)     Isi air ke dalam bekas yg di sediakan. Jika tidak disertakan dapatkan bekas plastic yang boleh menakung air, contohnya pinggan plastic/ container plastic. Isi air separuh sahaja dan letakkan di bawah tray telur.
Setkan THERMOSTAT kepada bacaan anggaran 38celcius
.
2)     Set suhu menggunakan Thermometer.  Di sini perkara penting menentukan kejayaan kita menetaskan telur . salah set suhu, telur pasti tidak menetas.  Cara nak set suhu saya akan ajarkan menggunakan 2 jenis Thermometer :

3.1) SET SUHU MENGGUNAKAN THERMOMETER BIASA

        3.1.1) perhatikan Thermometer kayu yg berada di dalam mesin eraman tadi berada dalam keadaan baik. Pastikan tidak pecah dan dapat di lihat tanda merah yang menunjukkan perubahan suhu mesin eram dari masa ke semasa.
        3.1.2) ON kan mesin eraman. Selepas 1 jam baru lah kita ambil bacaan dari Thermometer tadi. Kita akan lihat mentol akan terpadam dan terpasangs ecara automatic, itu adalah rutin normal , jangan panik.

        3.1.3) Selepas 1 jam, kita baca suhu yang terdapat pada mesin eram tadi, pastikan ia tidak melebihi 40c dan tidak kurang dari 38c. sekiranya ok, maka baru la kita masukkan telur di dalam mesin eraman . selagi tidak perolehi suhu yang sesuai, kita di larang untuk masukkan telur , pasti  telur yang nak di eramkan itu tidak akan menetas kerana suhu bermasalah.

3.2) SET SUHU MENGGUNAKAN THERMOMETER DIGITAL

*note : untuk ideal suhu eraman telur ayam,itik,puyuh = 38.7,38.8,38.9,39.0,39.1,39.2c (mana2 satu bacaan yg di dapati dari thermometer digital seperti di atas adalah baik) untuk angsa = 39.0c sahaja

3.2.1) keluarkan digital thermometer dari kotaknya dan pasangkan bateri. tekan "button" bewarna hitam sekali sahaja untuk ON kan digital thermometer tadi. 2) lekatkan hujung thermometer ke atas sebiji telur

3.2.3) tutup pintu mesin dan biarkan ia terpasang , kita akan dapati mentol terpsang dan terpadam secara automatik. Bacaan di baca hanya sebaik sahaja mentol terpadam selepas 30 minit mesin eram dihidupkan. Jangan ambil bacaan ketika mentol terpasang.

3.2.4) bacaan semasa lampu terpadam sahaja di ambil, jangan mengambil bacaan sewaktu lampu mula terpasang.ini kerana kita inginkan suhu kepanasan terakhir sahaja.

*note : suhu kepanasan di ambil selepas mentol terpadam , di sini baru la kita tahu suhu sebenar di dalam mesin eram tadi.

SETELAH  BERJAYA SET SUHU, IKUT PROSES DI BAWAH INI

3.2.5)           Bersihkan telur dari sebarnag kotoron tanpa menggunakan air. Di syorkan guna kertas pasir atau kain kering .
3.2.6)           Tulis tarikh telur, gunakan pensil sahaja. Pen marker tidak digalakkan
3.2.7)           letakkan semua telur di tray jaring yg di sediakan, baringkan sahaja dan tidak perlu di tegakkan.

*note: sekiranya terputus bekalan elektrik, jangan di buka pintu mesin eram kerana ia boleh menyebabkan haba keluar dari mesin eram . mesin ini boleh bertahan tanpa tenaga elektrik selama 6 jam. bungkus mesin dengan kain tebal untuk mengelakkan haba keluar juga adalah satu idea yg bagus.

langkah 3 : PROSES MENGGOLEK TELUR

1) telur  akan di golek atau di pusingkan sebanyak 3 kali sehari :

- selepas subuh/sebelum matahari terbit /pagi
- selepas zohor/semasa matahari tegak / petang
- selepas maghrib/semasa matahari terbenam / malam

*note: tidak kisah jam berapa pun. golek / pusing telur seperti orang bermain mahjung, jgn terlalu kasar agar telur tidak pecah. tujuan nya ialah untuk mengelakkan embrio di dalam telur tidak mati atau melekat.

langkah 4 : SULUH/TEROPONG TELUR

* note : bertujuan untuk mengasingkan telur yang boleh terus di eram dan juga telur yang harus di bawa keluar dari dalam mesin.

- gunakan lampu suluh untuk menyuluh telur.
- suluh telur pada hari ke-4 dan ke atas, kerana di waktu inilah telur-telur yang sihat akan dapat di lihat jalur darah beserta titik hitam.
- letakkan semula telur yang dapat di lihat jalur darahnya. telur yang tidak dapat di lihat jalur darah perlu di berikan masa sehingga hari ke-7 sahaja. selepas dari itu haruslah di keluarkan dari mesin eram .

*note : jalur darah tadi seolah2 berbentuk labah2

langkah 5 : TELUR MENETAS

- telur yang mula meretak haruslah di pusingkan ke atas supaya anak ayam tidak lemas.
- jangan cuba pecahkan telur tadi , biarkan anak ayam keluar secara sendiri. tetapi boleh di bantu jika perlu.
-keluarkan kulit telur tadi dari dalam mesin eram dan buang di dalam tong sampah .

langkah 6 : ANAK AYAM MENGERING

- biarkan anak ayam yang telah menetas tadi berada di atas tray telur sehingga bulunya kering dan tegap berdiri.
-Jangan sekali-kali meletakkan anak ayam di atas surat khabar kerana ia mempunyai permukaan yang licin. Kaki anak ayam masih lembut dan mudah terkangkang dan cacat tulangnya. Gunakan kertas yg kesat (kertas ayam) atau jarring hijau yg berlubang di jual di kedai hardware sebagai lapik lantai tempat letak anak ayam yg baru menetas.

PENJAGAAN ANAK AYAM

- anak ayam berusia 3 hari di keluarkan dari mesin eram dan di letakkan di "brooder" dan di beri minum dan makan dedak halus starter sahaja.
- pastikan terdapat pemanas untuk bekalkan haba panas kepada anak ayam tadi.
- pada hari ke-4 anak ayam di beri makan dan minum. dedak halus sahaja di guna kan.