Sabtu, 1 Disember 2012

bile da menetas.....

Pengurusan. Anak ayam - Hari 1, 2 & 3

Anak ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.

b. Anak ayam - Hari 4-90

Kotak kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut adalah peralatan yang diperlukan:-

i. Sumber panas selama 24 jamLampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak.

ii. LantaiAlaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar. Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya. Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin.

iii. Cawan makanan dan airAnda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya persegi berukuran 0.5 liter (500 ml).

Makanan dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan. Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak ayam.

iv. Kebersihan keseluruhanSecara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah diganti setiap hari.

v. Bentuk binaan kotak kayuBiasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.

Adalah bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar, ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8 inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan mencapai soket mentol yang tergantung.

Sediakan sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2" diletakkan mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat. Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.

Pintu kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing, tikus atau binatang lain di waktu malam.

Kotak juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran matahari atau hujan.

Berjemur dan bermain pasir

Apabila anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.

Maklumat lain yang berguna

Apabila anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada. Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.

Sumber habaTukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan serta bulu tumbuh sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan