Sabtu, 1 Disember 2012

anak ayam banyak mati dan cedera...

Baru-baru ini ada kejadian mati anak ayam yang berumur 3bulan.Semalam saya tengok segar saja tetiba hari mati pula.Kemudian hari seterusnya ada ayam cedera sehingga luka parah.Apabila saya melakukan siasatan mendapati ada sesetengah ayam yang berpengaruh atau dominant telah mematuk ayam lain yang lemah sehingga mati.Begitu lah kalau ayam dah garang dan lapar.Bulu adik beradiknya pun dia nak makan.Akhirnya luka kulit.Ayam ini jika luka dan berdarah mereka akan mematuk tempat yang luka atau berdarah itu sehingga boleh menyebabkan ayam ini boleh mati. Jika dibiarkan berlarutan ia boleh mempengaruhi ayam lain supaya mematuk antara satu sama lain akhirnya akan cedera dan mati.Oleh itu ayam yang nakal membuli anak ayam yang lain perlulah diasingkan supaya perbuatan membuli dapat dihentikan dan penternak boleh mengelakkan daripada kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan