Sabtu, 21 September 2013

Bismillah

PENGAWALAN PENYAKIT "SAMPAR AYAM / NEWCASTLE (ND)"


PENGENALAN PENYAKIT SAMPAR 

Penyakit "Newcastle (ND) / SamparAyam" adalah penyakit ayam yang disebabkan oleh jangkitan sejenis virus.
Penyakit ini bolih menyebabkan kematian yang tinggi sehingga mencapai 70 - 100%
Penyakit ini juga boleh menjangkit kepada manusia dan menyebabkan sakit mata.
Wabak ND/Sampar berlaku di Malaysia setiap tahun. Impak penyakit yang negatif kepada ekonomi negara adalah besar. Oleh sebab itu, jangkitan perlu dikawal dan dibasmi dengan segera.
 

PENCEGAHAN

a. Tanggungjawab orang awam

  • Melaporkan setiap kes kematian ayam dengan segera kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang berhampiran.
   

b. Kawalan pergerakan

  • Kawalan pergerakan di antara ternakan yang telah dijangkitan virus dengan ternakan yang tidak dijangkiti adalah penting untuk mencegah penularan jangkitan.

 


c. Vaksinasi untuk mencegah jangkitan penyakit

  • Vaksinasi berkesan menghalang tanda-tanda klinikal jangkitan ND
  • "Flock profile" bolih membantu program pemvaksinan untuk mengenalpsati tahap immuniti ayam di dalam ladang.
 

d. Asing singkir dan pemusnahan

  • Kaedah untuk membasmi wabak ND adalah dengan pemusnahan ayam (stamping out). Pemusnahan ini dijalankan untuk melenyapkan perumah virus ND. Ini dapat mempastikan risiko penularan dapat dikawal.
  • Pemusnahan perlu dibuat dengan pantas untuk memendekan tempoh virus membiak dan tersebar.

e. Kaedah pelupusan

  • Pelupusan dengan menanam karkas ayam perlu dijalankan dengan segera, sebaik-baiknya dikawasan ternakan yang sama. Praktik ini dapat mengurangkan risiko virus dibawa keluar darikawasan jangkitan.
  • Pembakaran karkas ayam boleh dijalankan jikalau tidak menimbulkan masalah alam sekitar.

f. Pemusnahan lain-lain produk dan sisa

  • Bahan-bahan seperti makanan ternakan, tinja/najis, telor bolih menjadi pembawa virus.
  • Oleh yang demikian bahan ini tidak bolih dipindah keluar dari kawasan terjangkit. Bahan-bahan ini juga perlu dimusnahkan dan ditanam. Bahan-bahan organik ini perluditanam dan dikambus terlebih dahulu sebelum keseluruhan kawasan didekontaminasi.
  • Bagi ternakan yang terletak di kawasan yang mempunyai paras air tanah yang tinggi, pastikan kawasan pelupusan ditimbus secara membukit


DISINFEKSI DAN DEKONTAMINASI

  1. Kawasan reban
  2. Bekas makanan dan bekas minuman
  3. Pakaianmkerja atau bahan berasaskan kain
  4. Kenderaan
  5. Peralatan ladang

Jenis-jenis disinfekatan yang sesuai.

  1. Larutan 4% Sodim karbonat
  2. LarutanSodium karbonat-dehidrat
  3. Larutan 2% Sodium hidroksid
  4. Dettol, Lysol, Lindores, Iosan dl.

BAGI SEBARANG PERTANYAAN LANJUTAN

Sila hubungai : -
BAHAGIAN KESIHATAN VETERINAR
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor
Lot 2, Jalan Utas 15/77,
40630 Shah Alam,
Selangor.


Tell : 03-5510 3900
Fax : 03-5510 3903

Tiada ulasan:

Catat Ulasan