~Bismillah~
Ternakan Ikan Puyu ( Betuk – Anabas testudineus )
Ternakan Ikan Puyu ( Betuk – Anabas testudineus )
Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan ‘tangkal’ bagi menghalang perbuatan jahat.Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah.
POTENSI TERNAKAN IKAN PUYU
Ikan puyu nampak adalah ikan paling mudah diternak kerana kebanyakan penternak merasakan bahawa ikan ini tahan (tough), susah mati, air breather, dan boleh makan apa saje. Bagi saya tiga perkara perlu di ambil kira jika kita bercadang menternak puyu.
Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.
Usaha menternak ikan ini mampu memberi hasil lumayan memandangkan harga ladang ikan puyu pada ketika ini ialah antara rm8-10 sekilo pada sais 5-8 ekor sekilo.
BENIH PUYU
Benih ikan puyu boleh diperolehi dengan harga 1.5inc-2inc 10sen setiap ekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan lasak dan pembesaran nye lebih cepat berbanding ikan puyu kampung…tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Makanan ikan yang dicadangkan pallet telur katak campur dengan baja pembesaran bakuhanseki.
PEMBENIHAN IKAN PUYU
Benih ikan boleh dihasilkan tanpa suntikan atau secara semulajadi. Untuk menunggu mendapatkan hasil tanpa suntikan sememangnya memerlukan jangka masa yang lama..walau bagaimanapun penantian ini berbaloi kerana ikan yang kita bela mengeluarkan hasil tanpa perlu menyuntik…untuk menunggu ikan mengeluarkan hasil dengan sendiri kita harus menyimpan sepasang ikan puyu dalam air yang kotor dan membiarkan selama 6bulan….sekian
Selepas itu barulah dimasukkan kedalam kolam pembesaran, ia harus di beri makan secukupnya ia itu 20 peratus dari berat badan dan di beri 4-5 kali sehari. Lebih baik jika kita boleh sediakan makan sentiasa dalam kolam ternakan seperti perut ayam rebus yang tidak dihancurkan atau ikan keli besar yang tidak di potong potong. Ikan puyu pada masa ini adalah amat kanibalistik dan yang besar akan memakan yang kecil sehingga ternakan boleh kurang ke kadar lebih dari 50%. Waktu makan 4-5 sehari perlu di lakukan selama 2-3 minggu pertama.
Ikan puyu betina jauh lebih besar dan lebih cepat besar dari puyu jantan. jika rajin, gred lah ikan selepas sebulan dan buang puyu jantan yang selalunya agak kecil dan panjang. walaupun di ternak sehingga 6 bulan , puyu jantan susah besar dan susah nak di jual.
Ikan puyu boleh makan apa saja kerana ia jenis omnivour. tapi jika kita ternak puyu betina, ia memerlukan jumlah lemak dan minyak yang lebih dari ikan ikan lain kerana ia cuba menyimpan lemak sebanyak mungkin untuk bertelur.
SPESIS IKAN PUYU
Terdapat dua jenis ikan puyu yang biasa diternak iaitu
1. Lebih kepada kawasan paya dekat kawasan air payau. di Sg petani, puyu jenis ini boleh dapat di kawasan Sg mas, Tg dawai etc. Warna ikan ini selalunya coklat dan kalau terkacuk puyu kampung. Ada yang mulut runcing sikit dan ada bintik bintik. Puyu yang jenis coklat ini ada di seluruh negara bukan saja di siam, tapi di malaysia kita panggil dia puyu siam sebab orang malaysia bila jumpa yang comel, yang manis, yang madu, yang besar semua panggil siam mari. Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm. kalau ternak dalam masa 3.5-4.5 bulan dalam kolam tanah boleh mencapai 200 gm provided cukup makan ie makan sedia.
2. Puyu kampung ialah puyu hijau yang ada bintik bintik hitam di badan. puyu jenis ni lambat sikit besar. untuk sampai 200 gram, untuk yang betina ambil masa 6 bulan. tapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklet atau puyu siam.
BIOLOGI IKAN PAPUYU
Sistematika menurut Hasannudin Saanin (1984) sebagai berikut :
Phylum : Chordata
Sub Phylum : Vertebrata
Kelas : Pisces
Sub Kelas : Teleostei
Ordo : Labytinthichi
Famili : Anabantidae
Genus : Anabas
Species : Anabas testudineus Bloch
Nama Daerah : Betik Jawa dan Sunda, Papuyu (Banjarmasin), Puyu, betuk (Malaya) dan Kalimantan Timur, Geteh-geteh (Manado).
Nama Umum : Walking Fish atau Climbing Perch.
PEMBENIHAN
Tahapan kegiatan pembenihan ikan Papuyu meliputi pemilihan induk. pemijahan. penetasan telur dan pemeliharan larva.
a. Ciri-ciri induk jantan dan betina
Betina :
- Tubuh gemuk dan lebar ,
- Warna badan agak gelap,
- Sirip punggung lebih pendek,
- Bahagian bawah perut agak melengkung,
- Jika matang gonad pada bagian perut diurut akan keluar telur,
- Alat kelamin berwarna kemerah-merahan.
Jantan :
- Tubuh ramping dan panjang,
- Warna badan agak cerah,
- Sirip punggung lebih panjang,
- Bagian bawah perut rata,
- Jika perut diurut akan keluar cairan sperma berwarna putih susu.
b. Ciri-ciri induk yang baik
- Ukuran induk betina yang ideal diatas 90 gram dan jantan diatas 30 gram,
- Badan terlihat segar (tidak cacat) dan gerakannva lincah,
- Mampu menghasilkan telur dalam jumlah cukup banyak,
- Umur induk lebih dari 10 bulan,
- Pertumbuhannya cepat.
2. Proses Mengawan
a. Bahan dan alat
- Induk ikan papuyu yang matang gonad
- Ovaprim
- Aquabidest
- Akuarium ukuran 60 x 40 x 45 cm
- Alat suntik
- Alat aerasi (Hi-Blow/Aerator)
- Baskom, serok senter dan timbangan
b. Perlakuan
Ikan Papuyu mengawan sepanjang musim hujan, pada masa musimnya mampu mengawan 2 – 3 kali dengan jumlah telur lebihkurang 5000 – 15000 butir. Proses ini dilakukan dengan induced breeding ( Teknik aruhan ) menggunakan hormon ovaprim, dos penyuntikan 0,5 cc/kg induk. Perbandingan 1: 1 (dalam berat). Ia dapat dilakukan di akuarium atau fibre glass. Penyuntikan secara intramuscular pada otot punggung induk. Induk betina 2 kali penyuntikan dan induk jantan 1 kali penyuntikan. Interval waktu penyuntikan I ke penyuntikan II adalah 6 jam. Penyuntikan induk jantan serentak penyuntikan II induk betina. Proses terjadinya ovulasi tanpa dilakukan stripping.
3. Penetasan Telur
Setelah penyuntikan II induk betina, maka ovulasi akan terjadi 5 jam berikutnya. Telur akan menetas dalam waktu 20 – 24 jam pada suhu 260C atau akan menetas dalam waktu 12 jam pada suhu 300C. Peratusan dari telur yang disenyawakan sekitar 95% dengan daya tetas (HR) 95%. Penetasan telur berlaku di akuarium
4. Pemeliharaan Larva
Larva yang baru menetas tidak perlu diberi makanan tambahan sebab masih mempunyal bekalan makanan dari bekas kuning telur (yolk egg).Setelah larva berumur 4 hari diberi makanan tambahan seperti suspense kuning telur. Frekuensi pemberian makan 3 kali sehari (pagi, tengahari dan petang ) selama 10 hari. Setelah itu baru diberikan makanan pellet yang dihaluskan. Masa kritikal larva terjadi pada hari ke-7 sampai hari ke-14. Pembesaran larva dilakukan di kolam asuhan, dimana kolam tersebut terlebih dahulu dilakukan pembersihan secara menyeluruh
Pemeliharaan ini selama 45 hari dengan padat ditabur 50 ekor/m . Selama masa pemeliharaan 45 hari benih ikan diberi makan tambahan berupa pellet yang dihancurkan sebanyak 10 – 20% per hari dengan frekuensi pemberian 2 kali/hari. Umur 45 hari sudah mencapai benih ukuran 1 – 3 cm, dan benih boleh dipindahkan ke kolam peliharaan
As Salam. Encik, sye nk thu adkh encik ada mmbekal Dan mnjual induk ion puyu? Dan Jnis ikn puyu ape? Emel sye zophia91@gmail.com
BalasPadamSalam .sya dah beberapa kali cuba menjalankan pembenihaan secara suntikan spti di syorkan. Semua nye gagal kerana setiap kali sampai umur larva 4-7 hari semua larva mati. ph air dan suhu ok je. kenapa eekk
BalasPadamsalam encik,encik ada membekal dan menjual induk puyu siam?? boleh contact saya by emaail yusrashazwani@gmail.com
BalasPadamCari benih puyu Siam? WhatsApp +6011-53511865. Kedah.
BalasPadamhttp://puyusiam.blogspot.com/
BalasPadamCari benih puyu siam whups 0123348473
BalasPadamSaya mahu buat part time dirumah membela ikan puyu.dan saya mahu mencari pembekal Anak benih ..
BalasPadam