Ahad, 9 Jun 2013

~Bismillah~

SAMPAR AYAM

Untuk membantu pihak JPV dalam kempen kesedaran mengenai penyakit SAMPAR AYAM, maka teman menulis entry yang serba ringkas ini untuk tatapan para pengunjung blog ini.


Penyakit sampar ayam disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Paramyxoviridae. Ianya sangat mudah merebak dan menyebabkan kematian ayam besar-besaran. Ramai penternak yang menggulung tikar disebabkan oleh penyakit ini.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit yang membunuh, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

Antara tanda-tanda ayam terkena penyakit ini adalah seperti berikut:

 Ayam kelihatan monyok, bulu meremang, kepak jatuh dan berak cair kehijauan

Kepala teleng akibat gangguan saraf  .Kematian yang tinggi dalam masa yang singkat dan melibatkan semua peringkat umur
Jadi, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko sampar ayam, apa yang anda boleh lakukan ialah:
VAKSIN AYAM ANDA!!!! 

Maklumat kepada semua :
Vaksin yang sesuai untuk penyakit ini ialah ND+IB 201 vaccine atau ND+IB 202 vaccine. Kedua-dua vaksin ini dicampur dalam air sejuk dan diberi minum kepada ayam. Satu vial vaksin boleh diberi kepada 1000 ekor ayam.

1 ulasan:

  1. ayam saya selalu tekena sampar,,selain dari VAKSIN ,,apakan ubat untuk merawat

    BalasPadam