PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN
PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.
TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Assalamualaikum encik .. kami ada project yg melibatkan anak ayam .. boleh tak sy nak survey sedikit dgn encik.?
BalasPadam