Sabtu, 8 Jun 2013

~Bismillah~

PETUA UTK AYAM

Anda pernah dengar khasiat POKOK MERUNGGAI? tanya orang India, mereka tentu tahu dan mereka suka makan, buah dia macam kacang panjang tapi besar sikit...keras sikit. Banyak tanam dekat kuil


Merunggai ni mudah tanam, cacak batang dalam tanah, insyaallah hidup. Daun dia bila dicantas cepat tumbuh semula...elok untuk kambing, lembu dan ternakan lain...cepat besar...Kelebihannya ialah kerana kadar protin yang tinggi dan faktor antinutrisi yang rendah.


Ayam kampung kalau dah bela banyak tentu terang kawasan reban tu dibuatnya. Langsung tak ada rumput. Pokok-pokok rendah semua tak berdaun. Kalau bagi daun ni adalah juga sumber klorofil (baik kuning telur) Kurang sikit masalah 'makan bulu' dan tinggi pengeluaran telur.


Sedikit fakta tentang daun merunggai


The leaves contains:

4 times as much Vitamin A as carrots
7 times as much Vitamin C as Oranges
Double as much proteins and calcium as milk.
And additionally Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3, Iron, Zinc, Potassium and many more minerals.



NAMA HERBA : Merunggai, Ramunggai, Rembugai, Lembugai, Kacang Kelur.
NAMA SAINTIFIK : Moringa Oleifera Lam.
BOTANI :
Ditanam secara biji tetapi lebih kerap ditanam secara keratan dahan yang dicucuk terus di tapak tanaman. Daun majmuk terbahagi 2 atau 3 helai daun kecil dan banyak pada setiap daun. Bunga kecil dalam jambak yang besar, berwarna putih atau kuning muda dan wangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan