KELEBIHAN AYAT 33 (AYAT RUKYAH SYARIIYAH)
Al-Marhum Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh Haji Ahmad Bin As-Syeikh
Haji Muhammad Said r.a., Mufti Besar Pertama Kerajaan Negeri Sembilan
(bapa kepada mantan Mufti Besar Sahibus Samahah Al-Allamah As-Syeikh
Haji Murtadza Bin As-Syeikh Haji Ahmad) dalam kitabnya Safinatus Salamah
telah mengesyorkan beramal dengan ayat 33 ini bersama-sama dengan ayat
7, ayat 5 dan ayat 3 bagi pemeliharaan, kawalan dan kesentosaan buat
diri, ahli keluarga dan harta benda serta perubatan daripada penyakit
dan keselamatan daripada bala dan lain-lain lagi.
Adapun
menurut kitab yang juga ditulis oleh Sheikh Ahmad di atas, Tuhfatul
Auton Wal Ikhwan Fi Zikri Ba'dil Azkar Wal Aurad Wal Ad'iyyah Allati
Tata'allaqu Bil Auqot Wal Azman, ayat 33 ini juga dikenali sebagai ayat
Hirz dan ayat Hirs.
Menurut beliau, ayat 33 ini diriwayatkan
oleh Abdullah Ibnu Umar R.A. yang menyatakan barang siapa membaca ia
pada malam hari tiada mudarat kepadanya oleh binatang-binatang buas dan
pencuri yang menganiayai, serta disihatkan dan dilindungkan dirinya,
ahli keluarganya dan harta bendanya, sehingga ke pagi.
Dan
direntangkan di antara orang yang membacanya dan seterunya dengan satu
pagar daripada besi. Dan dikatakan pada ayat 33 ini ubat kepada 100
jenis penyakit (kita berdoa semoga Allah SWT menyembuhkan kita daripada
semua penyakit itu) termasuklah penyakit kusta, gila, sopak dan mati
anggota (lumpuh).
Yang dimaksudkan ayat 33 ini adalah 33
ayat-ayat terpilih daripada Al-Quran Al-Karim. Ayat-ayat ini dinyatakan
dan digunakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW seperti yang dinyatakan di
dalam hadith-hadith yang tersebut terdahulu termasuklah hadith yang
disebut oleh saudara Rafizal Baharom iaitu:
Ubai bin Kaab R.A.
meriwayatkan "Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.W datang seorang Badwi
kepada baginda dan berkata "Ya Rasulullah, saya ada saudara yang
ditimpa penyakit. "Baginda bertanya: "Penyakit apa?" Jawabnya " Sejenis
penyakit gila". Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya, lalu
baginda membaca ayat2 di atas. Kemudian orang sakit itu pun bangun dan
pergi dari situ, penyakitnya telah hilang. ( Kanzul Ummal Jilid 1 m.s.
212 )
Hadith sahih mengenai amalan ini terdapat dalam kitab
Hayatus Sahabah (Jilid 3 mukasurat 374) karangan As-Syeikh Al-Kabir
Maulana Yusuf r.a. dan dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Al-Hakim dan
At-Tirmizi.
Ada pun sahih pada periwayatan hadith tidak
bermakna kandungan hadith-hadith semestinya sama sepenuhnya. Justeru,
ada hadith-hadith sahih yang sedikit berbeza matannya tetapi mempunyai
maksud dan tujuan yang sama. Maka mengamalkan ayat 33 ini haruslah
mengikut ilmu yang diajarkan oleh guru-guru mursyid masing-masing
walaupun sedikit berbeza antara satu guru mursyid dengan yang lain.
Menurut Syeikh Ahmad, ayat 33 adalah seperti berikut:
01. Al-Fatihah (1-7)
02. Al-Baqarah (1-5)
03. Al-Baqarah (163-164)
04. Al-Baqarah (255-257)
05. Al-Baqarah (284-286)
06. Al-A'raf (54-56)
07. Al-Israk (110-111)
08. As-Saffat (1-11)
09. Ar-Rahman (33-35)
10. Al-Hasyr (21-24)
11. Al-Jinn (1-4)
Terima kasih di atas penjelasan ini. Mohon share link ini ya.
BalasPadamAssalamualaikum, tuan, saya mohon izin untuk mengamalkan ilmu yang tuan kongsikan dalam tulisan tuan berkaitan ayat 33. Terima kasih
BalasPadam